Sesuatu yang istimewa tentang kepakaran menggunakan pergerakan tangan dan daya imaginasi ke atas sesuatu benda ialah sehingga terhasilnya satu hasil seni yang unik dan mengagumkan.

Seni pembuatan tembikar memerlukan kepakaran tangan dengan beberapa teknik yang memerlukan ketelitian dan daya penumpuan yang tinggi.

Seni tembikar mampu memberi kesan mendamaikan dengan memberi kekuatan serta kepekaan akal fikiran dan tubuh badan. Apabila seseorang menghasilkan tembikar, ia memerlukan daya penumpuan yang sangat tinggi di samping memberi peluang kepada seseorang itu berfikiran bebas meluahkan kreativiti.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Pada tahap ini, seseorang itu akan dibuai dengan penumpuan pemikiran  paling mendamaikan dan ia adalah satu keadaan pemikiran seseorang yang boleh dilabelkan sebagai sempurna oleh sesetengah ahli psikologi.

Kita boleh melihat contoh ketelitian seni pembuatan tembikar daripada pakar pembuat tembikar yang telah dinobatkan sebagai Mahaguru Seni Kraftangan Tradisional Jepun, Shimizu Genji atau nama seninya ‘Hokujo’.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Di studio tempatnya bekerja di Tokoname, kita dapat melihat bagaimana Shimizu Genji membentuk teko dan cawan teh jenama terkenal ‘Tokoname’. Dengan hanya melihat beliau menumpukan perhatian dan penumpuan dalam proses pembuatan tembikar ini sahaja telah memberikan kita rasa kedamaian dan ketenangan.

Melalui penghasilan tembikar itu sendiri, seseorang boleh mendapat banyak manfaat dari segi kesihatan minda. Ia mampu membuat fikiran menjadi tenang dan mendamaikan. Aktiviti seni pembuatan tembikar terbukti dapat :

1. Menyerlahkan usaha dan kreativiti.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Seni tembikar memberi ruang kepada seseorang untuk mengenengahkan bakat dan luahan kreativiti. Melalui seni penghasilan tembikar, seseorang itu akan dapat meluahkan perasaan secara baik dan ia juga merupakan satu kaedah rawatan bagi mereka yang mempunyai penyakit. Ia juga memberi peluang kepada seseorang itu untuk mengenali diri sendiri.

2. Memperbaiki daya penumpuan.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Seni tembikar memerlukan daya tumpuan yang tinggi untuk membolehkan satu tembikar itu dihasilkan. Ini membolehkan seseorang itu dapat melepaskan diri daripada sebarang kebimbangan dalam kehidupan dan meletakkan diri pada tahap tertinggi pada ketika proses pembuatan tembikar dihasilkan. Ini diakui sendiri oleh para saintis yang menjalankan kajian, apabila seni kraf ini mampu memberi kesan kepada jiwa seseorang menjadi manusia yang lebih baik.

3. Mengurangkan stres.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Penghasilan satu hasil tembikar dapat meningkatkan daya tumpuan dan aliran fikiran yang tenang serta akan mengurangkan tahap stres. Gangguan luar juga akan dapat dikurangkan dan tiada lagi tekanan yang menghimpit perasaan.

4. Memperbaiki kemahiran motor di otak.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Seni tembikar dapat membantu kemahiran motor otak yang mengawal otot lengan dan tangan. Kemahiran motor otak menjadi lebih baik kerana apabila bekerja dengan menggunakan tanah liat memerlukan koordinasi tangan dan mata. Ini memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah artritis atau radang sendi dan otot, apabila pembuatan tembikar memerlukan pergerakan sendi, penumpuan dan ketangkasan.

5. Mempunyai potensi menjadi artifak.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Banyak bukti arkeologi ke atas penemuan tembikar berusia ratusan atau ribuan tahun ditemui dalam keadaan baik berikutan seni penghasilan dan pembuatannya adalah daripada tanah liat yang baik. Oleh itu, ia dapat bertahan lama. Tidak mustahil hasil seni tembikar yang dibuat oleh seseorang itu dengan penuh ketelitian dan dalam keadaan tumpuan terbaik mampu bertahan selamanya dan menjadi mesej sejarah kepada tamadun masa depan.

Sekiranya anda tidak percaya akan perkara ini, sekurang-kurangnnya hasil seni dan kerja tangan anda boleh dipamerkan di rumah untuk tatapan ahli keluarga dan rakan-rakan yang bertandang. Dan tembikar ini amat sesuai menjadi hadiah untuk mana-mana hari keraian.

Lihat video di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds