Awal tahun ini, dilaporkan bahawa terdapat 27 pusat membeli-belah baharu akan dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur menjelang 2028. Adakah kita benar-benar memerlukan pusat membeli-belah yang banyak?

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Financial Times Confidential Research (FTCR) menggambarkan betapa suramnya keadaan pusat membeli-belah di Malaysia hari ini. Memandangkan lebih banyak pusat membeli-belah sedang dibina, e-dagang semakin berkurang dan lonjakan harga meningkat. Berikut adalah ringkasan hasil kajian mereka.

1. Kurang peruncit menghuni pusat membeli-belah.

Laporan menunjukkan selepas Goods and Services Tax (GST) dilancarkan pada tahun 2015, pengguna kurang berbelanja. Walaupun begitu, banyak pusat membeli-belah dibina secara berterusan antara tahun 2015 dan 2017.

Walaupun kadar penghunian pusat membeli-belah susut di bawah 85 peratus pada akhir tahun 2017 dan dijangka akan susut lebih banyak lagi, namun pusat membeli-belah masih akan dibina dengan lebih banyak lagi di sekitar Kuala Lumpur menjelang tahun 2020.

2. Rakyat Malaysia kurang berbelanja di pusat membeli-belah.

Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan oleh FTCR terhadap 1000 orang rakyat Malaysia pada suku keempat tahun 2017, didapati bahawa 18.6 peratus dari mereka akan mengurangkan kekerapan berkunjung ke pusat membeli-belah sementara 15.3 peratus yang lain menyatakan keinginan untuk meningkatkan lagi kekerapan berkunjung ke sana.

Penyusutan kekerapan pengunjung ke pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dijangka lebih buruk berlaku berikutan belian atas talian lebih popular.

Statistik menunjukkan 22.2 peratus rakyat Malaysia dari wilayah ini akan mengurangkan kekerapan berkunjung ke pusat membeli-belah sementara 13.5 peratus lagi akan meningkatkan kekerapan berkunjung ke sana.

3. Kuala Lumpur adalah antara 5 Ibu Negara ASEAN yang dijangka mengalami penurunan kekerapan pengunjung ke pusat membeli-belah pada tahun ini.

Berbanding Jakarta, Manila, Bangkok dan Hanoi, Kuala Lumpur adalah satu-satunya ibu negara yang mengalami penurunan kekerapan pengunjung ke pusat membeli-belah manakala empat ibu negara yang lain merekodkan peningkatan kekerapan pengunjung ke pusat membeli-belah pada tahun ini.

4. Lebih banyak pusat membeli-belah digunakan semula.

Oleh kerana banyak pusat membeli-belah dilaporkan semakin kosong, ramai peniaga menukarkan ruang niaga mereka kepada ruang kerja bersama.

Menurut laporan dari FTCR, pengendali sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya memutuskan untuk menjual bangunan tersebut selepas rancangan untuk menukarkan bangunan tersebut kepada bangunan kediaman ditolak pada tahun 2015.

Laporan tersebut juga menjangkakan bahawa lebih banyak lagi pusat membeli-belah di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang yang akan ditukar kepada ruang kerja bersama atau ditutup tidak lama lagi.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds