Aneh, Eropah, INSPIRASI

Seorang lelaki meninggal dunia akibat kepala tersangkut di bawah tempat duduk pawagam

Seorang lelaki meninggal dunia akibat kepala tersangkut di bawah tempat duduk pawagam

Seorang lelaki telah meninggal dunia selepas kepalanya tersangkut di bawah tempat duduk kerusi elektrik di pawagam Vue di Birmingham.

Lelaki itu, yang belum dikenal pasti identitinya, cuba mendapatkan telefon selepas ia jatuh di antara tempat duduk Gold Class yang baru ketika penghujung filem di kompleks percutian Star City.

Penyiasatan kini telah dijalankan oleh Kesihatan Alam Sekitar dan pihak Vue. Tempat letak kaki tempat duduk tersebut dipercayai telah dinaikkan sebelum dia tunduk untuk mendapatkan telefonnya itu, tetapi ia turun dengan sendiri selepas lelaki itu tunduk dan telah menyebabkan kepalanya tersangkut.

Dia dipercayai telah panik dan mengalami serangan jantung selepas rakannya dan kakitangan pawagam tersebut cuba untuk melepaskannya. Kepalanya berjaya dikeluarkan dan dia kemudian dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia seminggu kemudian iaitu pada 16 Mac.

Gambar: Vue

Sumber memberitahu Birmingham Live: “Telefon lelaki itu telah terjatuh semasa menonton filem dan dia cuba mengambil telefonnya yang jatuh di bawah tempat duduknya selepas filem yang ditonton tamat.”

“Kerusi Gold Class adalah tempat duduk yang digerakkan dengan kuasa elektrik. Dia membongkok untuk mencari telefonnya. Pada ketika ini tempat letak kaki berada dalam kedudukan tegak.”

West Midlands Ambulance Service mengesahkan bahawa mereka dipanggil untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami serangan jantung di Star City pada hari Jumaat 9 Mac pada 7.06 malam.

Seorang jurucakap perkhidmatan ambulans berkata: ‘Krew tiba di tempat kejadian untuk mencari seorang lelaki yang mengalami serangan jantung dengan orang awam sedang menolong melakukan CPR.

“Kakitangan ambulans mengambil alih dan mengurus sokongan kehidupan lanjutan, berjaya untuk menghidupkan semula jantung lelaki itu.”

“Dia kemudian segera dibawa ke Hospital Heartlands untuk rawatan lanjut.”

Berikutan kematiannya, jurucakap Vue berkata: “Berikutan kejadian yang berlaku pada hari Jumaat, 9 Mac di pawagam Birmingham kami, kami dapat mengesahkan bahawa seorang pelanggan dibawa ke hospital malam itu.”

‘Kami berasa sedih apabila mengetahui lelaki itu meninggal dunia pada hari Jumaat, 16 Mac.

‘Siasatan menyeluruh terhadap kejadian tersebut sedang dijalankan.’

Mark Croxford, Ketua Kesihatan Alam Sekitar Majlis Bandaraya Birmingham City berkata: “Pasukan Kesihatan Alam Sekitar Majlis Bandaraya telah diberitahu tentang kejadian ini dan siasatan Kesihatan dan Keselamatan telah bermula.”

“Pada peringkat ini kami tidak dapat mengulas tentang kejadian tersebut, kerana siasatan sedang dijalankan,” tambah beliau.
Sumber: metro.co.uk
Kategori:Aneh Eropah INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...