Makanan bayi yang baru dilahirkan adalah berbeza dengan makanan orang dewasa kerana bayi tidak boleh mengunyah dan mencernakan makanan yang bersifat pepejal. Jika tersalah bagi makanan, kesihatan bayi anda akan merosot dan mungkin membawa maut seperti kes yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

Menurut The Asian Parent, seorang bayi maut setelah diberikan bubur pisang oleh neneknya. Kejadian yang sangat memilukan ini kemudian dikongsikan oleh Lia Imelda Siregar di Facebook bagi mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

 Facebook/Lia Imelda Siregar

Insiden ini berpunca apabila nenek kepada mangsa memutuskan untuk memberikan bayi tersebut bubur pisang kerana bimbang dengan berat badan bayi yang semakin hari semakin menurun.

“Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan. Walaupun bidan telah memberi amaran kepada saya, saya sangat degil. Dia (bayi) dilahirkan dengan berat 1.8 kg tetapi dalam masa 10 hari, beratnya menurun kepada 1.3 kg,” kata nenek tersebut.

Setelah menyuapkan bubur pisang itu, darah yang berbau busuk mengalir keluar daripada dubur bayi berkenaan. Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut segera membawa cucunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Facebook/Lia Imelda Siregar

Bagaimanapun, bayi berkenaan tidak dapat diselamatkan setelah keadaannya semakin merosot dengan darah mengalir keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Doktor turut melaporkan bayi malang ini telah tertelan darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Selepas satu jam cubaan menyelamatkan bayi tersebut, dia akhirnya pergi buat selama-lamanya. Nenek berkenaan telah kehilangan cucu pertama akibat perbuatannya sendiri.

Facebook/Lia Imelda Siregar

Sudah tentu anda tidak mahu peristiwa yang sama terjadi kepada bayi anda. Berikut merupakan info penting kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai bayi kecil atau yang bakal melahirkan:

  1. Sistem pencernaan bayi tidak sekuat orang dewasa jadi mereka mengalami kesukaran untuk menelan dan mencernakan makanan yang bersifat pepejal
  2. Zat di dalam makanan pepejal adalah lebih rendah berbanding susu ibu. Sebaiknya berikan susu ibu kepada bayi agar bayi dapat membesar dengan sihat
  3. Jika bayi diberikan makanan pepejal sebelum mencapai usia 6 bulan, bayi mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti alahan, ekzema (penyakit kulit), kencing manis dan penyakit coeliac (masalah pencernaan protein tertentu)

Jadi, jangan sesekali berikan bayi makan makanan pepejal sebelum mencapai usia 6 bulan. Sebaiknya beri susu ibu atau susu formula.

Sumber: Facebook/Lia Imelda Siregar

Era Baru

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds