Di Guizhou, China, sebuah penemuan luar biasa telah berlaku pada bulan Jun 2002. Pameran fotografi Duyun antarabangsa bakal mengadakan ekspo di kawasan terpencil yang dikenali sebagai Taman Geologi Nasional Pingtang. Persediaan perlu dilakukan pada majlis akan datang. Sewaktu kerja pembersihan sedang dijalankan, salah seorang kakitangan pekerja Wang Guofu telah menemui batu besar yang tertera dengan mesej.

Berada di puncak bukit, batu berusia 270 juta tahun yang telah berpecah dua. Mendedahkan sebuah “mesej tersembunyi” yang membuatkan mana-mana anggota Parti Komunis risau. Mesej itu tertera, “Parti Komunis China Yang Musnah,” ia dapat dilihat secara jelas dalam bentuk tulisan China.

Batu itu dilihat secara terperinci jelas menunjukkan perkataan tersebut

Sumber: © minghui

Batu megalit tersebut dengan berat melebihi 100 tan berusia sejak zaman Permian, jatuh dari ketinggian bukit dan berpecah kepada dua bahagian berdekatan dengan lembah sungai Zhangbu. Lantas ia mendedahkan sebuah mesej tersembunyi. Kedua-dua bahagian yang terbelah itu berukuran panjang mencecah 23 kaki dan ketinggian sehingga 10 kaki. Perkataan dalam bentuk tulisan China itu jelas terpapar pada permukaan batu tersebut.

Sekumpulan para 15 saintis termasuk Li Tingdong dan Liu Baojun dari Akademi Sains China, dan Li Fenglin dari Universiti Geosains China, menjalankan pemeriksaan batu tersebut dan memberi kesimpulan bahawa penulisan batu itu adalah disebabkan oleh pembentukan semula jadi, dan bukanlah diukir oleh manusia.

Sumber: china.com.cn

Liang Heng merupakan wakil editor akhbar bagi syarikat People’s Daily melawat laman web tersebut. Pada tahun 2003, dia menulis: “Orang sering kali melihat bahawa awan putih akan kelihatan seperti bentuk anjing atau sesuatu yang kelihatan seperti orang atau binatang. Jika batu megalit ini tiba-tiba boleh menulis, bercakap, mengukir, mengembangkan teknik penulisan, atau menggunakan istilah politik, bagaimana orang mempercayainya? Adakah mereka berani mempercayainya?” Bagaimanapun, berhadapan dengan kedua-dua belah batu yang mempunyai tulisan tersembunyi ini. Beliau berkata, “kami tidak mempunyai pilihan selain mempercayainya.”

Pada masa itu, saluran media rasmi di China. Termasuk People’s Daily, CCTV, Guangming Daily, Stesen Penyiaran Antarabangsa China, Travel Satellite, Technical Daily, Sina.net, Sohu.net, New China, Yahoo, dan Eastern Net semuanya melaporkan mengenai paparan perkataan China yang ditemui di atas batu itu. Tetapi mereka menghiraukan perkataan terakhir yang membawa maksud “musnah,” juga satu-satunya perkataan tersebut kelihatan lebih besar daripada patah perkataan lain di permukaan batu.

Media tidak berani menyebut perkataan terakhir “musnah.” Malah, satu-satunya versi yang diterima di China ialah versi lima huruf iaitu “Parti Komunis China.”

Dilaporkan oleh Akhbar China, hanya 5 perkataan pertama yang disebut dalam artikel ini

Sumber: © minghui

Menurut laporan angka terkini dari “Tuidang,” Pusat Perkhidmatan Global Quit-CCP, sebanyak 298,004,652 penduduk telah meninggalkan penglibatan mereka dengan rejim Komunis China.

“Tuidang” yang membawa maksud “menarik diri daripada Parti”. “Ia adalah tindakan yang menolak secara terbuka Parti Komunis China (CCP) dan gabungan organisasi: Perintis Muda Komunis dan Liga Pemuda Komunis.” kenyataan tersebut dipaparkan pada laman web Tuidang.

Sumber: © The Epoch Times

“Tuidang muncul sejurus selepas akhbar Epoch Times versi China, yang berpangkalan di New York, menerbitkan Nine Commentaries mengenai Parti Komunis pada Oktober 2004-pada satu siri editorial yang menerangkan tentang sejarah dan kezaliman PKC yang ditapis oleh rejim Komunis China. Nine Commentaries menerangkan bagaimana orang China menderita disebabkan oleh kempen politik komunis yang menindas di bawah pemerintahan Parti selama lebih 65 tahun dan juga mengakibatkan kira-kira 60 hingga 80 juta kematian yang tidak seharusnya berlaku.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Kebenaran

Video Popular

Ad will display in 09 seconds