Tentu ramai yang suka menikmati telur separuh masak ini pada waktu bersarapan pagi. Telur separuh masak dianggap sebagai menu sihat untuk sarapan pagi kerana mengandungi nutrisi penting protein, riboflavin dan selenium. Telur sesuai dijadikan menu sarapan pagi kerana ia juga dapat memenuhi keperluan tenaga yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Telur mempunyai risiko penyakit pembawaan makanan seperti Salmonella, dan satu-satunya cara untuk membunuh semua bakteria berbahaya yang berada di telur adalah memasaknya dengan sempurna. Namun adakah telur separuh masak selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak? Ini yang perlu anda tahu.

Maria Siriano

Mengapa telur separuh masak tidak selamat untuk kanak-kanak:

Selain tahap kolestrol yang tinggi, telur juga boleh mengandungi bakteria Salmonela yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Berbanding orang dewasa, kanak-kanak terutamanya yang berumur kurang daripada 4 tahun, mereka berisiko 4 kali ganda mendapat penyakit bawaan salmonela.

USDA (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat Perkhidmatan – Keselamatan dan Pemeriksaan Makanan) menyatakan bahawa telur separuh masak tidak selamat untuk kanak-kanak. Mereka juga mengesyorkan bahawa semua orang (muda dan tua) supaya makan telur yang dimasak sepenuhnya, untuk mengelakkan risiko penyakit pembawaan makanan seperti Salmonella. Lebih-lebih lagi bagi wanita hamil dan orang yang sakit – sangat berisiko tinggi.

Pakar nutrisi, Sally Kuzemchak daripada Real Mom Nutrition berkata, “Saya tahu telur separuh masak sudah menjadi trend sekarang, namun saya prihatin terhadap kesihatan kanak-kanak. Menurut CDC, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mempunyai kadar Salmonella lebih tinggi daripada kumpulan umur yang lain. Risiko penyakit serius daripada Salmonella sangat tinggi pada bayi kerana sistem imun mereka dalam proses berkembang. “

Alternatif:

Leela Cyd

Telur goreng dan dan telur rebus yang dimasak sepenuhnya adalah selamat untuk dimakan. Namun, ibu bapa boleh memperkenalkan kepada anak-anak makanan lain yang berkhasiat. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien. Sentiasa galakkan anak anda untuk makan makanan yang kaya dengan nutrien seperti:

  • Buah-buahan pelbagai warna.
  • Sayur-sayuran beraneka warna.
  • Makanan yang kaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
  • Minuman bersusu.
  • Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
  • Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu.

Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan memberikan anak mereka makan telur mentah atau separuh masak kerana dikhuatiri akan menyebabkan masalah cirit-birit dan demam. Kesan jangka panjang pula seperti kerengsaan mata.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati jadi ibu bapa kena lah sentiasa bijak demi kesihatan bersama.

Sumber: thekitchn

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds