Gastrik adalah masalah kesakitan atau kepedihan pada bahagian perut yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak selesa.

Bagi yang tidak tahu, penyakit gastrik ini boleh merosakkan lapisan pelindungan pada dinding perut yang seterusnya akan mengakibatkan pelbagai masalah yang lebih serius.

Kredit: SirapLimau

Hal ini demikian kerana, sel perut manusia berupaya menghasilkan asid hidroklorik yang bertujuan untuk mencernakan makanan.

Sel perut ini juga berfungsi dalam menghasilkan lapisan mukosa yang berperanan sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik yang bersifat agak kuat.

Penyakit gastrik terdiri daripada 3 jenis:

  • Gastritis ringan yang mengakibatkan inflamasi atau pembengkakan pada lapisan perut sekiranya bersentuhan dengan makanan
  • Gastritis berat merujuk kepada kecederaan berpanjangan pada lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  • Ulser gastrik (peptic ulcer) pula adalah ulser pada bahagian perut yang menyebabkan luka terbuka dan berdarah. Darah daripada luka tersebut boleh dikesan sama ada di dalam muntah atau najis

PUNCA PENYAKIT GASTRIK

Kredit: Rahsia Vitamin Ibu

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada serangan gastrik. Antaranya adalah:

  • Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
  • Pengambilan makanan yang berlemak, terlalu pedas, mengandungi kafein dan juga minuman bergas tanpa kawalan
  • Pengamalan waktu makan yang tidak teratur
  • Perokok atau perokok pasif (individu yang menyedut asap rokok daripada perokok lain)
  • Pengambilan ubat tahan sakit
  • Pengambilan minuman keras atau alkohol

Serangan penyakit gastrik adalah bergantung kepada ketebalan lapisan pelindungan pada dinding perut anda. Ada individu yang gemar memakan makanan pedas tetapi tidak pernah mengalami gastrik dan ada juga sebaliknya.

Apa-apa pun, sebelum keadaan kesihatan anda menjadi lebih teruk, anda perlu ketahui tanda-tanda gastrik agar anda dapat membuat persiapan untuk merujuk perkara ini kepada pakar bagi mendapatkan rawatan.

TANDA-TANDA GASTRIK

Berikut merupakan 5 tanda seseorang itu mengalami gastrik:

#1 Kembung perut

Kredit: Fox News

Masalah kembung perut terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman yang terlalu berlebihan akibat berlakunya kerosakan saraf pada dinding perut.

Asid yang berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas sekali gus membentuk gas atau angina perut yang akan menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.

#2 Senak

Kredit: Alam Hamil Blog

Jika anda mengalami senak pada bahagian atas perut iaitu di antara pusat dengan tulang bawah dada, anda mungkin mengalami gastrik dan harus segera berjumpa dengan doktor.

#3 Pedih ulu hati

Kredit: Angin Oh Angin

Pedih ulu hati merupakan satu keadaan di mana kandungan asid dalam perut akan memasuki semula saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama dengan makanan yang telah dihadam.

Masalah ini sudah tentu akan menyebabkan ketidakselesaan pada pesakit. Nama pedih ulu hati itu merujuk kepada rasa seolah-olah terbakar pada bahagian dada atau tekak.

#4 Kerap muntah

Kredit: vemale

Salah satu simptom gastrik adalah anda akan kerap muntah. Warna muntah adalah bergantung kepada tahap gastrik. Jika terlalu teruk, muntah anda mungkin akan mengandungi kesan-kesan darah.

#5 Badan menjadi lemah dan lesu

Kredit: Tribun News

Serangan gastrik juga akan menyebabkan badan menjadi lemah kerana pesakit terpaksa menahan sakit, ketidakselesaan dan penat.

Sebelum keadaan anda menjadi lebih kritikal, segeralah dapatkan rawatan di hospital. Hal ini demikian kerana menurut pakar, 20% pesakit gastrik berkemungkinan besar akan mendapat ulser perut selepas lima tahun diserang gastrik.

Ayuh periksa tahap kesihatan anda. Jangan pandang remeh pada penyakit gastrik kerana ianya boleh membahayakan nyawa!

Sumber: Facebook/Badan Sihat Hidup Diutamakan

 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds