Memiliki bentuk badan ideal adalah idaman ramai orang. Kita bukan sahaja kelihatan lebih cantik atau segak tetapi apa yang penting adalah tahap kesihatan lebih baik. Ramai yang merungut atau ada yang berputus asa untuk mendapatkan bentuk tubuh atau berat badan yang ideal kerana bukan mudah untuk mendapatkan semua itu. Ada yang terpaksa menghabiskan masa yang lama di gim, ada juga yang sanggup membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit untuk mendapatkan ubat atau rawatan untuk mengurangkan berat badan.

Piramid makanan boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui jenis makanan apa yang perlu diambil beserta kuantiti yang dicadangkan.

Kredit foto: mpkulaiv2.blogspot.com

Bukan mudah melakukan sebuah perubahan diri, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat seorang pemuda, Sheik Amilhisham apabila dia berjaya membuat perubahan yang begitu ketara sehingga membuatkan ramai yang kagum akan perubahannya. Hanya dalam setahun dia berjaya menurunkan berat badan daripada 111kg kepada 70kg!

Ingin tahu caranya? Berikut adalah perkongsian Sheik:

Menurut Sheik, dia mula aktif dalam bidang kecergasan pada tahun 2016. Namun pada mulanya, semua usahanya tidak membuahkan hasil sehingga dia pernah terfikir untuk mengambil pil kurus sebagai jalan mudah. Dia dikatakan mula terfikir untuk berubah selepas keluarga dan rakan-rakannya memberikan semangat kepadanya.

Dia juga pernah diejek dengan gelaran anak ‘panda’ menyebabkan dia bersemangat untuk berubah menjadi lebih sihat.

Kredit foto: Instagram @sheikamilhisham

Menurutnya lagi, antara sebab lain dia ingin berubah ialah kerana kesukaran dia untuk mendapatkan saiz baju yang dikehendaki. Dia juga pernah menerima kritikan semasa awal-awal dia mahu melakukan perubahan.

Antara jenis makanan yang diamalkan olehnya ialah seperti berikut:

Sarapan: Oat, chia seed, madu, teh hijau panas dan apple cider.

Kredit foto: Simply Delicious Food

Makan tengah hari: Ayam, ikan dan sayur-sayuran.

Kredit foto: Pinterest

Makan malam: Buah-buahan seperti kiwi, tembikai, epal, nenas, betik dan sebagainya. Tiada makanan yang berat diambil pada waktu malam.

Kredit foto: Wallpaper Awesome

Menurutnya lagi dia mengamalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3-4 liter setiap hari. Dia juga mengurangkan kuantiti nasi, makanan yang mempunyai santan, garam, gula serta minyak.

Dia juga ada memasukkan ‘cheat day’ dalam jadual pemakanannya. Jika makanan yang diambil adalah secara berlebihan, dia akan menambah masa senaman supaya makanan yang diambil dan senaman yang dilakukan adalah seimbang.

Kredit foto: Instagram @sheikamilhisham

Dia akan bersenam sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika di gimnasium, dia akan membuat senaman body pumping kerana ianya melibatkan bahagian dada hingga kaki. Selain itu, dia juga memilih senaman seperti berlari atau jogging sekurang-kurangnya satu jam, planking selama 5 minit, memanjat selama 1 minit serta senaman perut sehingga penat.

Senaman paling disukai ialah senaman perut (abs work-out) kerana senaman ini akan menyebabkan ototnya sakit dan lemak akan lebih mudah terbakar.

Kredit foto: Instagram @sheikamilhisham

Kredit foto: Instagram @sheikamilhisham

Menurutnya, bagi yang masih baru dalam proses untuk menguruskan badan, jangan sesekali berputus asa. Memang akan ada dugaan tetapi yang penting ialah disiplin.

Kredit foto: Instagram @sheikamilhisham

Sebuah perubahan: sebelum dan selepas.

Jika Sheik boleh lakukan mengapa tidak anda? Ayuh, dapatkan bentuk badan ideal dan tubuh yang lebih sihat bermula hari ini!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds