KUALA LUMPUR –  Penyanyi tersohor dan idola tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan  seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.



Rozi Abdul Razak, selaku pengurus membuat kenyataan bahawa Siti, 39 tahun, dan bayi berada dalam keadaan yang baik dan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat pada waktu ini.

Suami kepada penyanyi berkenaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran yang berjalan dengan lancar tersebut. “Buat saya, apa yang penting adalah proses kelahiran itu berjalan dengan baik – isteri dan anak sihat. Kami ingin berterima kasih kepada ahli keluarga, rakan, peminat dan media atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus semenjak daripada awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,” kata suaminya yang menemani Siti di pusat perubatan berkenaan.

Dilaporkan bahawa pasangan ini memilih hari Isnin untuk melahirkan anak mereka kerana ia merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, ia jatuh pada 1 Rejab di dalam kalendar Islam.

Buat masa terdekat ini, Siti mahu berehat kerana ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada fasa awal menjadi seorang ibu. Beliau juga akan mengumumkan nama dan wajah bayinya pada umum kelak.

Sumber-: ctdk

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds