Pada tahun lalu, dilaporkan bahawa jumlah kedai makan dan restoran yang menghentikan operasi adalah tinggi, dan ia disebabkan oleh undang-undang yang ketat bagi menggajikan pekerja asing.

Menurut Straits Times, sebuah persatuan yang menggabungkan pemilik 20,000 buah restoran di seluruh Malaysia telah menandatangani memorandum pada minggu lepas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan supaya wujud solusi bagi permasalah kekurangan pekerja.

Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCP) mendedahkan bahawa sebanyak 2,000 buah kedai kopi Cina dan 400 buah kedai makan dan restoran daun pisang India-Muslim terpaksa menghentikan operasi mereka pada tahun 2017. Difahamkan juga, jumlah kedai makan dan restoran yang bakal ditutup juga akan meningkat pada tahun ini, melainkan pihak kerajaan mempunyai intervensi bagi mengatasi masalah kekurangan buruh.

Pemilik restoran telah mendedahkan masalah yang dialami mereka pada tahun 2016, iaitu pada tahun pihak kerajaan Malaysia membekukan pengambilan pekerja asing buat sementara waktu. Larangan tersebut walau bagaimanapun telah ditarik balik, tetapi proses mendapatkan permit kerja menjadi lebih ketat dan memakan masa.

Kredit foto: Astro Awani

Menurut undang-undang Malaysia, pihak restoran hanya dibenarkan mengambil buruh asing untuk bekerja sebagai tukang masak, dan bukannya pelayan restoran serta juruwang. Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (PRIMAS) menerusi Presidennya, T. Muthusamy membuat kenyataan bahawa pihak restoran bukan sahaja kekurangan tukang masak, namun turut mengalami masalah yang sama untuk pelayan restoran.

Kredit foto: Time Out KL

Pemilik restoran melalui wakil Presiden MSCP, Ho Su Mong, juga berkata bahawa pergantungan mereka kepada pekerja asing adalah disebabkan oleh kerelaan mereka untuk bekerja lebih masa. Hal ini berbeza dengan pekerja tempatan yang enggan berbuat demikian. Tambahan pula, upah pekerja tempatan adalah lebih tinggi berbanding pekerja asing.

Kredit foto: Pamper MY

Pada masa yang sama, bagi mengatasi masalah berikut, terdapat beberapa pemilik restoran yang terpaksa mengambil risiko dengan menggajikan buruh asing secara haram. “Bukan kami tidak mahu mengikut dan patuh akan undang-undang, tetapi kami tiada pilihan lain”, kata seorang pemilik kepada Straits Times.

Mereka terpaksa mencari alternatif sendiri bagi meneruskan perniagaan. Sistem pesanan layan diri seperti yang digunakan di Jepun merupakan alternatif, namun para pemilik restoran berkata mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan berkenaan.

Kredit foto: Youtube

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata polisi melarang pekerja asing bekerja sebagai barisan hadapan kedai makan dan restoran adalah kekal, melainkan penggubal undang-undang memindanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds