Ramai antara kita yang mempunyai trick atau helah yang selalu dilakukan dalam membantu kehidupan seharian supaya lebih selesa dan menyenangkan. Berapa ramai antara kita yang tentang cara untuk menjadikan piza lebih sedap, atau cara untuk mengingat semula perkataan yang kita terlupa?

Berikut adalah 13 helah yang agak hebat yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian anda. Sekali pandang mungkin seperti tidak masuk akal tetapi cuba anda sendiri yang lakukan, pasti akan berhasil!

13. Pizza lebih enak dimakan ketika lembap.

© depositphotos   © depositphotos

Untuk membuat pizza supaya lebih sedap, sebelum anda panaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro, letakkan tuala kertas basah di atasnya atau semburkan piza dengan air – terutamanya pada bahagian tepi piza.

12. Cuba teknik relax seperti yang sering dilakukan kucing.

© CodeJack / reddit

Anda mahu lebih bertenaga sepanjang hari? Cuba berjemur di bawah matahari seperti yang selalu dilakukan oleh kucing. Anda juga mungkin boleh tidur sebentar di atas lantai dan jangan lupa untuk pilih tempat yang boleh menerima sinar matahari yang hangat.

Jika anda sedang berehat di luar bangunan, jangan lupa memakai pelindung matahari. Hadkan diri anda selama 15-20 minit untuk mengelakkan selaran matahari (sunburn).

11. Masukkan kacang masin ke dalam Coca Cola.

© Alushe909 / reddit

Kacang boleh menjadi masin manis dan lembut apabila dimasukkan ke dalam Coke. Ramai pelancong yang menggunakan helah ini supaya mereka boleh makan sesuatu yang lebih mudah semasa memandu. Apa yang perlu anda lakukan ialah degan meletakkan kacang dalam sebotol Coke dan anda bukan sahaja dapat minum tetapi makan dalam masa yang sama menggunakan hanya satu tangan.

10. Lalui hari yang teruk di tempat kerja? Letakkan stoking baru di meja anda.

© depositphotos

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dengan mengenakan stoking baru dapat menaikkan mood seseorang. Jadi, bagi anda yang melalui hari yang penuh dengan tekanan anda boleh menggunakan teknik ini supaya anda mendapat tenaga baru untuk meneruskan hari anda.

9. Lupa sesuatu perkataan? Ulangi huruf pertama dengan kuat.

© depositphotos   © depositphotos

Dalam 90% kes, sebaik sahaja anda dapat mengingat huruf pertama kepada perkataan yang anda cuba ingat, anda dengan serta-merta akan mengingatkan perkataan yang cuba anda ingati.

8. Apabila anda merasa terlalu malas melakukan sesuatu, jangan minum kopi tetapi terus mandi.

© depositphotos   © depositphotos

Jika anda terasa tertekan atau letih, jangan minum kopi dengan harapan kopi dapat membantu menaikkan semula semanagat yang hilang. Cara terpantas untuk mendapatkan kembali semangat anda ialah dengan mandi. Tambahan lagi, ramai ahli psikologi yang menasihatkan untuk mandi jika anda berasa tertekan. Doktor pula mencadangkan supaya mandi sebelum tidur, terutamanya jika anda mempunyai insomnia.

7. Adakah selesema? Rebus cola, tambahkan sedikit halia dan minum.

© depositphotos   © depositphotos

Kaedah penyembuhan ini sangat popular di China. Anda harus minum minuman ini ketika ia masih panas dan air ini perlu dididihkan terlebih dahulu untuk menyingkirkan gas yang ada. Anda juga boleh menambah sekeping lemon jika anda suka. Campuran ini bukan sahaja dapat melegakan kesakitan di bahagian tekak dan hidung, malah boleh menghangatkan badan dari bahagian dalam.

6. Perlu berehat? Letakkan alat mengurut leher di telinga.

© depositphotos   © depositphotos

Ramai pengguna menyukai kaedah ini kerana mereka mendakwa bahawa mereka berasa sangat tenang selepas melakukannya.

5. Kicap akan berasa seperti karamel jika anda meletakkannya di atas ais krim vanila.

© depositphotos   © depositphotos

Tambah beberapa titis kicap di atas ais krim vanila. Ia akan membuatkan ais krim rasa seperti karamel. Pelik tapi benar!

4. Tangan anda berbau bawang putih? Gosokkan tangan anda dengan garam atau sesuatu yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

© depositphotos   © depositphotos

Sesetengah orang mengatakan bahawa jika anda memegang sedikit soda dengan tangan anda, ia juga akan menyerap bau yang ada pada tangan anda.

Bagi yang mempunyai bau bawang putih pada mulut anda boleh menggunakan teknik meletakkan sudu atau garpu besi di dalam mulut selama 30 saat. Bau mulut seperti bawang putih akan segera hilang selepas itu.

3. Burger akan lebih sedap jika anda mencairkan marshmallow pada daging dan meletakkan mentega kacang di atasnya.

© Meet Market-Stillwater / facebook   © Meet Market-Stillwater / facebook

Burger seperti ini dilihat semakin popular sejak kebelakangan ini bahkan semakin banyak kafe dan restoran yang melakukan teknik seperti ini bagi menjadikan burger lebih enak ketika dinikmati.

2. Buah akan menjadi lebih manis jika diletakkan sedikit garam dan kopi tidak terlalu pahit.

© depositphotos   © depositphotos   © depositphotos

Letakkan garam pada tembikai, epal, pir, atau coklat panas untuk membuat rasa lebih manis. Anda juga boleh letakkan sedikit garam di dalam kopi supaya rasa pahit kopi dapat dikurangkan.

1. Tambah cuka dan garam pada kentang goreng dan letakkan krim keju pada tembikai.

© awomanview / instagram   © renana_sp_lev / instagram

Orang british dilihat suka makan kentang goreng dengan cuka dan garam dan mereka yang tinggal di Mediterranean pula gemar meletakkan krim keju pada tembikai. Ini mungkin eksperimen baru buat anda, tetapi siapa tahu ia mungkin berbaloi?

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds