Pasti ramai ibu bapa yang pening memikirkan cara untuk menyusun atur baju-baju sekolah dan keperluan sekolah supaya kelihatan lebih teratur. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

Dengan menyediakan tempat khas sebegini pasti rumah anda kelihatan lebih teratur dan kemas. Bagi menyelesaikan masalah ini, kita boleh ikut cara Puan Naqibah Nukma Abdullah yang telah berkongsi cara efektif untuk menyusun atur keperluan sekolah anaknya hanya dengan menggunakan rak biasa yang boleh didapati di setiap pasaraya berharga RM9.99.

“Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak.Masa kami beli ada pelbagai warna.  Oleh sebab nak perabot semua putih.  Maka suami mengecat semula bagi warna putih.  Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu.Setakat ni dah 2 tahun rak itu di bina.  Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat.  Cuma untuk anak-anak yang lasak.  Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.”

Ikut langkah-langkah bergambar di bawah:

1. Rak dicat semula berwarna putih (ikut pilihan warna masing-masing)

2. Susunan rak

3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi sebab untuk dijadikan sebagai tempat letak beg sekolah

4. Besi penghubung boleh didapati di kedai hardware. Fungsinya adalah untuk menggantung baju sekolah anak-anak

5. Besi penghubung antara 2 rak (rak kiri dan kanan)

6. Besi untuk menampung atau menyokong rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Juga boleh didapati di kedai hardware

7. Inilah hasilnya!

Sumber: Naqibah Nukma Abdullah

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds