BISNES, Ekonomi, NASIONAL

Pelajar universiti yang tiada kereta kini boleh menyewa dan menjana pendapatan sampingan dengan GrabVarsity

Pelajar universiti yang tiada kereta kini boleh menyewa dan menjana pendapatan sampingan dengan GrabVarsity

KUALA LUMPUR – Rasanya kebanyakan kita merasakan bahawa zaman belajar di universiti adalah waktu yang paling sukar dalam hidup, di mana kita berasa wang kita sentiasa tidak mencukupi, terutamanya sebelum duit PTPTN masuk ke dalam akaun bank.

Mahu minta ibu bapa, tidak sanggup pula mahu menyusahkan mereka. Paling sukar adalah mahu bergerak ke mana-mana (jika tiada kenderaan sendiri) untuk melakukan kerja lapangan, lawatan dan sebagainya.

Syukurlah, platform terbaru daripada Grab kini diperkenaIkan iaitu GrabVarsity yang berkolaborasi dengan beberapa universiti di Malaysia.

vulcanpost

Menurut The Sun Daily, usaha ini merupakan penyelesaian berkesan bagi mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh rata-rata pelajar di universiti.

“Program ini bukan sahaja dapat meringankan kehidupan pelajar-pelajar melalui pelbagai manfaat dan ganjaran gaya hidup, malahan ia juga menawarkan pengalaman kerja kepada pelajar melalui salah satu daripada empat teras program – penempatan perantis. Menerusi penempatan perantis, ia dapat memberi peluang peluang kerja sambilan kepada para pelajar bersama Grab Malaysia, di mana ia membolehkan mereka bekerja sambil belajar di samping meningkatkan kemahiran profesional untuk masa akan datang”, jelas Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh.

vulcanpost

Menerusi program pemandu Grab sementara, iaitu skim penyewaan kereta sementara oleh pelajar membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

Ia bagi membantu mereka yang suka memandu tetapi tidak mempunyai kereta untuk dibawa sambil menjana pendapatan. Namun, harus diingatkan bahawa program ini hanya untuk pelajar tempatan sahaja. Manakala program penempatan perantis pula tidak terhad dan terbuka kepada semua tanpa mengambil kira warganegara.

GrabVarsity

Selain itu, waktu bekerja yang fleksibel dapat mengelakkan para pelajar daripada mengabaikan pelajaran dan tugasan mereka. Untuk pengetahuan anda, GrabVarsity hanya boleh didapati di universiti di bawah :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Difahamkan bahawa Grab akan meluaskan platform ini di institusi awam dan swasta yang lain.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...