Ekonomi, NASIONAL

Isu cukai ke atas Google dan Facebook, Google Malaysia tampil beri penjelasan

Isu cukai ke atas Google dan Facebook, Google Malaysia tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Beberapa hari lalu, timbul isu apabila ada pihak mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mengenakan cukai iklan ke atas dua syarikat gergasi dunia iaitu Google dan juga Facebook.

Kredit: Malaysian Digest

Cadangan tersebut pada awalnya dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media iaitu Datuk Seri Wong Chun Wai yang memaklumkan bahawa kerajaan Vietnam turut melaksanakan langkah mengenakan cukai ke atas iklan yang dipos di Facebook dan juga Google.

Kredit: R.AGE

Menurut Chun Wai, “Saya berharap dapat dibawa ke pihak Kementerian Kewangan, sila laksanakan cukai terhadap mereka ini kerana kedua-duanya tidak pernah bayar cukai tetapi rakyat Malaysia pula dikenakan cukai.”

Saranan Chun Wai dibalas oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi jaminan akan membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat bersama ahli Kabinet lain.

Kredit: Digital News Asia

Pihak Google Malaysia kemudian memberi kenyataan maklum balas yang menyatakan bahawa syarikat teknologi gergasi itu telah membayar segala cukai kepada Malaysia selama ini.

“Kami bayar semua cukai yang kami berhutang di Malaysia dan kami kerap bekerja dengan kerajaan mengenai pelbagai isu”.

Kredit: Internetgian

Berdasarkan kepada laporan Utusan Online, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan sebarang ketetapan khusus berkenaan layanan cukai ke atas pengiklanan digital.

Tambah LHDN lagi, sepertimana isu percukaian lain, isu bayaran pengiklanan digital adalah ditentukan berdasarkan kepada fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kredit: NST

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh LHDN:

“Pada masa sama, setiap kes akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan selain tertakluk kepada cukai pegangan atau lain-lain kategori pendapatan”.

Sumber: Utusan OnlineMalaysiaKiniMalaysian Digest

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...