Pada zaman ini, rumah semakin mahal dan banyak orang cenderung membeli rumah saiz kecil. Ini menjadikan kaedah menyimpan barang dengan kemas dan terurus di ruang yang kecil menjadi sangat penting.

Berikut adalah cara-cara kreatif untuk menjimatkan ruang rumah anda:

#1. Sofa boleh dilipat

Sokano

Ia amat memudahkan kerana ia boleh dilipat ketika tidak digunakan dan amat sesuai untuk ruang rumah yang sempit. Ia juga boleh dijadikan katil.

#2. Kiub simpanan plastik

Aladdin Street

Pengurusan ruang sudah berada satu tahap yang lebih tinggi dengan menggunakan kotak plastik ini. Ia boleh dijadikan almari. Material plastik membolehkan ia dipasang dan dibuka. Setiap kotak ini cukup kuat untuk menampung sehingga 10kg barangan. Anda boleh dapatkan kiub ini menerusi portal beli belah dalam talian Lazada.

#3. Rak kasut

Lazada

Selain daripada menyimpan kasut, rak 10 peringkat ini juga boleh digunakan untuk menyimpan tuala basah daripada lantai atau bahkan boleh dijadikan rak simpanan tudung secara sistematik. Segala-galanya diatur dengan kemas!

R Jun Enterprise/Facebook

#4. Rak nipis

Amazon

Rak nipis ini boleh diletakkan di ruangan sempit seperti di celah-celah kabinet ataupun di celah peti sejuk.

Anda boleh menyimpan botol-botol minuman sehinggalah botol-botol pencuci di rumah. Jadi, anda mudah untuk mengambilnya pada bila-bila masa. Dengan lengkap beroda yang boleh ditanggalkan, membolehkan anda menggerakkannya ke mana-mana sahaja. Dapatkan di Lazada ataupun 11Street.

11Street

#5. Jam lengkap dengan ruang simpanan

Oddity Mall

Ia berfungsi sebagai jam, namun ia dilengkapi dengan ruangan rahsia yang membolehkan anda menyimpan barang kemas, kunci dan sebagainya. Anda boleh dapatkan di Lazada dan 11Street.

#6. Organiser dapur 6 dalam 1  

Gdeal

Anda mengalami masalah penyimpanan di dapur kerana terlalu banyak barang, rempah ratus dan sebagainya?

Jangan pening lagi kerana terdapat solusi kepada permasalahan anda. Cukup satu organiser sahaja mampu menyimpan pelbagai barangan seperti botol kicap, pisau, sudu dan garfu serta pelbagai lagi. Jangan lupa dapatkan di Lazada.

#7. Set penyimpanan bermagnet

Amazon

Jika anda mengalami masalah kekurangan ruang simpanan barang, maka gunakan organiser bermagnet ini dan letakkan pada pintu peti sejuk rumah anda. Dengan ini, anda boleh meletakkan barangan seperti buku resipi, bekas lada sulah dan sebagainya di bekas penyimpanan berkenaan.

Anda tidak perlu lagi menebuk lubang untuk memasang penyangkut. Segera dapatkan di Lazada dan 11Street.

#8. Penyangkut pintu minimalis

Lazada

Gunakan ruang pada belakang pintu anda untuk menggantungkan penggantung ini. Ia berguna untuk menyangkut tuala, topi, kain tudung dan pelbagai lagi. Dapatkan di Lazada.

#9. Kerusi tambahan

Lazada

Jika anda membeli sofa, kadang kala ada stool tambahan yang boleh merehatkan kaki anda ketika anda sedang santai menonton televisyen. Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat duduk tambahan.

Ia juga dapat menyimpan barangan anda di dalamnya. Anda boleh letakkan buku-buku, mainan anak-anak dan pelbagai lagi bagi mengekalkan kekemasan rumah. Jadi, dapatkan di Lazada dan 11Street.

Lazada

#10. Tong sampah bertingkat

11Street

Tong sampah khas ini didatangkan dalam reka bentuk moden dan berfungsi untuk mengekalkan kebersihan ruang lantai anda.

Tong sampah yang bertingkat ini juga memudahkan anda untuk mengelaskan bahan buangan anda. Membuat kerja rumah kini menjadi makin mudah. Dapakan ia di Lazada atau 11Street.  

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds