Pasti ramai di antara kita yang masih lagi teringat-ingat akan majlis resepsi kedua perkahwinan antara Fattah Amin dan Fazura pada hari Ahad lalu yang diadakan di Royale Palace, Kampung Melayu Subang.

Difahamkan bahawa mereka menjemput seramai 5,000 orang peminat bagi sama-sama memeriahkan majlis selebriti kesayangan rakyat Malaysia itu. Resepsi berkenaan bertemakan tradisional.

Suasana di dewan dikhabarkan sangat meriah. Apatah lagi jika ditambah dengan persembahan nyanyian khas oleh kedua-dua mempelai berjudul Cinderella di hadapan ribuan hadirin.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan artis popular seperti Khai Bahar, Bob Yusuf dan Fazli Zainal. Sudah tentulah para tetamu yang hadir tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati dan merakamkan gambar kenangan bersama pengantin.

Oleh kerana para peminat yang ramai mendekati pasangan pengantin itu, terjadi satu insiden yang agak melucukan di mana ia melibatkan seorang kanak-kanak. Peminat cilik itu dikatakan terhimpit sesama para peminat yang lain. Mujurlah pasangan pengantin berkenaan perasan dan nampak.

Fazura kemudian menyuruh suaminya mengangkat kanak-kanak itu. Apa lagi, Fattah pun segera mengangkat dan mendukung peminat cilik mereka. Nasib baik tidak jadi apa-apa!

Rakaman video pendek berkenaan menunjukkan bahawa kedua-dua pasangan pengantin ini peka dan ramah dengan para peminat, tidak kiralah peringkat umur.

Hal ini menyebabkan rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh Fattah yang diumpamakan seperti seorang wira. Saksikan rakaman video di bawah :

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds