Ekonomi, INSPIRASI, Pesona

Hubungi Uncle Kentang jika anda miskin, sakit dan lapar

Hubungi Uncle Kentang jika anda miskin, sakit dan lapar

Nama sebenarnya Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, merupakan seorang aktivis yang sering melakukan kerja kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Kerja amalnya tidak mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau sebelum ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Terdahulu, beliau telah mewujudkan khidmat kemudahan ambulan, teksi dan jualan barang dengan hanya mengenakan harga 10 sen bagi membantu golongan tidak berkemampuan.

Beliau juga menawarkan khidmat van jenazah percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan.

Terkini, beliau telah mengambil insentif untuk membantu mereka yang kelaparan dan susah di kawasan Puchong pula. Mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu menghubungi beliau di 03 27181783.

Tiada kerenah birokrasi kepada sesiapa yang memerlukan bantuannya.

“Tak payah apply online, tak payah isi borang, tak payah jadi pengundi, tak payah ada surat sokongan ahli majlis, JKK atau YB, tak perlu dengar ceramah, tak perlu duduk dalam majlis untuk majlis penyampaian tak payah cop ADUN atau Ahli Parlimen, tak payah naik teksi atau bas untuk ambil, tak payah ambil gambar beramai-ramai dan tak payah tunggu lama-lama,” tulis beliau di laman Facebook.

Untuk orang Puchong sahaja. 03 27181783. kalau susah , sakit dan lapar. 1) Tak payah apply online. 2) Tak payah isi…

Posted by Kuan Chee Heng on Thursday, March 8, 2018

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...