Walaupun ramai wanita memilih untuk menjalani transformasi untuk kelihatan baru, wanita ini tiada pilihan lain selain terpaksa memotong pendek rambutnya kerana menghidap kanser. Walau bagaimanapun, hasilnya sangat menakjubkan.

Pesakit kanser, Laura meminta bantuan pakar dandan rambut Jerome Lordet dari Pierre Michel Salon di New York sebelum dia memulakan rawatan kemoterapinya.

“Laura datang kepada saya untuk memotong rambutnya sebelum kemoterapi,” Lordet berkata dalam video YouTube mengenai transformasi Laura.

Instagram | laurafarrphotography

Laura tahu kemoterapi boleh menyebabkan keguguran rambut. Oleh itu, sebelum mengalami keguguran rambut, dia mengambil langkah drastik untuk memotong rambut panjangnya.

Ketika Laura melangkah ke Pierre Michel Salon, dia melepaskan rambutnya yang panjang. Jika tidak kerana didiagnosis dengan kanser, tidak ada alasan baginya untuk memotong rambut panjangnya yang cantik, yang mana dia menyimpan rambut panjangnya itu selama bertahun-tahun.

©YouTube | jeromelordet

Untuk memulakan tranformasi rambutnya, Lordet menggunting kira-kira satu kaki daripada panjang keseluruhan rambutnya.

©YouTube | jeromelordet

Kemudian, Lordet memotong pendek bahagian belakang rambutnya dan membiarkan sedikit panjang di bahagian tepi.

©YouTube | jeromelordet

Seterusnya, Lordet membuat sentuhan terakhir ke atas rambut Laura.

©YouTube | jeromelordet

Untuk memberi Laura perubahan lengkap, artis solekan berbakat di salon tersebut, Katherine, menggunakan maskara, eye shadow, pemerah pipi, dan gincu untuk menyerlahkan wajahnya yang menarik.

©YouTube | jeromelordet

Dengan potongan rambut yang sangat comel dan solekan mewah, Laura kelihatan menakjubkan, dan hampir tidak dapat dikenali. Transformasi beliau nampaknya berjaya.

Bukan sahaja gaya rambut pendek dan mudah ini telah menyiapkannya untuk melalui masa-masa yang sukar, ia juga menonjolkan keseluruhan wajahnya; mata, hidung, dan bibirnya yang cantik!

©YouTube | jeromelordet

Banyak YouTubers tertarik oleh transformasi ekstrem Laura. Video yang mendokumentasikan transformasinya telah mendapat lebih daripada 20 juta tontonan!

©YouTube | jeromelordet

©YouTube | jeromelordet

Malangnya, menurut Lordet, hanya dua minggu selepas rambutnya dipotong, Laura kehilangan semua rambutnya akibat keguguran.

Instagram | laurafarrphotography

Tetapi mujurlah, semuanya berjalan dengan lancar. Tiga bulan yang lalu, Laura mengulas video tersebut: “Terima kasih kerana berkongsi video ini dan prihatin terhadap keadaan saya. Ia adalah sangat bermakna! Saya sangat bersyukur, gembira dan berasa lebih sihat!”

Lihatlah wajah baru Laura yang menakjubkan dalam video di bawah ini:

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds