Dalam dunia kulinari, kejayaan memperoleh bintang Michelin boleh dianggap seperti memenangi anugerah Oscar atau pingat emas adalam acara sukan dunia! Ia bukan sekadar pujian kepada restoran berkenaan tetapi turut membuktikan kesempurnaan, keagungan dan keenakan hidangan yang disajikan di restoran bertaraf tinggi itu!

Baru-baru ini, seorang tukang masak wanita kelahiran Ipoh, Kwen Liew telah menempah kejayaan apabila beliau diiktiraf sebagai tukang masak wanita pertama Malaysia yang dianugerahkan dengan bintang Michelin.

Kredit: Facebook

Bukan sahaja itu, Business Insiden turut melaporkan bahawa Kwen Liew merupakan salah seorang daripada dua tukang masak wanita yang mendapat bintang berkenaan pada tahun ini.

Kredit: TripAdvisor

Restoran ‘Pertinence in Paris’ yang dimiliki oleh Kwen bersama suaminya yang berasal dari Jepun, Ryunosuke Naito telah dianugerahkan bintang Michelin di dalam buku panduan Michelin Perancis 2018. Malah, buku panduan berkenaan turut menggelarkan kisah kejayaan pasangan ini sebagai ‘Satu kisah dua tukang masak Asia yang layak menerima bintang Michelin pertama mereka’.

Kredit: Fine Dining Lovers

Walaupun restoran ini baru dibuka pada Mac tahun lalu di Paris, ia telah berjaya meraih bintang Michelin pertama mereka pada Februari 2018.

Bintang pertama menandakan restoran berkenaan ‘sangat bagus’. Bintang kedua pula menunjukkan ‘hidangan yang menakjubkan’ manakala bintang terakhir iaitu bintang ketiga melambangkan restoran tersebut sebagai ‘istimewa dan amat menyelerakan’.

Satu kejayaan yang cukup membanggakan kita semua.

Selain memberikan perkhidmatan yang bagus, restoran ini turut menghasilkan hidangan unik yang mengekalkan citarasa masakan tradisional Perancis dengan gabungan teknik penyediaan dari Jepun.

“Naito amat berhati-hati dan cekap mengubah bahan-bahan segar dari pasar menjadi hidangan klasik Perancis yang enak, dengan memberikan nafas baru yang segar dalam cara penyediaan hidangannya.”

Kredit: Facebook

Menurut Kwen, perjalanan yang perlu ditempuhinya dalam mengecapi kejayaan untuk menjadi seorang tukang masak bukanlah mudah.

Dalam dunia kulinari yang didominasi oleh golongan lelaki ini, kaum wanita perlu membuktikan bahawa mereka adalah dua kali ganda lebih bagus berbanding tukang masak lelaki.

Kredit: Facebook

Sehingga kini, terdapat 57 buah restoran baru berjaya menempatkan nama di dalam senarai panduan Michelin Perancis 2018 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan restoran yang memperoleh bintang berkenaan sebanyak 621!

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kwen Liew kerana berjaya membuktikan kejayaan di peringkat tertinggi sekali gus membanggakan semua rakyat Malaysia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular

Ad will display in 09 seconds