Penyakit baru yang diberi nama “Penyakit X” oleh para saintis kesihatan berpotensi untuk  menghapuskan berjuta-juta penduduk di seluruh dunia.

Penyakit yang tidak diketahui itu telah disenarai sebagai wabak global yang berpotensi oleh saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Virus Ebola, SARS dan Zika juga dalam senarai ini. Berbeza dengan patogen ini, apakah penyebab terhasilnya “Penyakit X” dan juga bagaimana untuk merawatnya.

Ia telah dimasukkan ke dalam senarai ancaman dan diakui bahawa wabak baru ini lazimnya bermula sebagai penyakit yang tidak mendatangkan masalah sebelum ini.

Sumber: ©gettyimagesculturarf

Wujudnya penyakit yang boleh mendatangkan ancaman pada masa akan datang akan mendorong para saintis agar bekerja dengan lebih gigih. Diharap dengan kajian tersebut terciptanya satu vaksin yang boleh melindungi kita dari sebarang wabak yang tidak dikenali.

Saintis yang berasal daripada Norway dan penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), John-Arne Rottingen memberitahu The Daily Telegraph ia menunjukkan kepentingan fleksibiliti dan ujian diagnostik vaksin tersebut.

“Penyakit X” mungkin terhasil akibat buatan manusia dan bukannya secara semula jadi. Ia juga dikhuatiri wabak tersebut akan digunakan sebagai senjata kimia dan biologi.

Dan ia juga boleh menjadi sangat merbahaya kerana manusia belum mampu untuk membina sebarang daya tahan diri dari semasa ke semasa dan ini boleh menyebabkan wabak menyebar dengan cepat.

Virus Ebola, SARS dan Zika juga berada dalam senarai tahun ini, tetapi tidak seperti patogen ini di mana tidak diketahui apa yang menyebabkan “Penyakit X” atau bagaimana untuk merawatnya (gambar: sel-sel virus selesema melalui pandangan mikroskop)

Sumber: ©gettyimages

Bom kimia digugurkan ke atas orang awam semasa perang saudara Syria, dan agen saraf VX dipercayai telah digunakan dalam pembunuhan abang Kim Jong-Un tahun lepas di Malaysia.

Dalam kejadian terbaru minggu ini, polis telah mengesahkan bahawa agen saraf telah digunakan sebagai senjata untuk menyerang bekas pengintip Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di Salisbury.

Tetapi “Penyakit X” juga boleh terhasil secara semulajadi, seperti Selesema Spanish dan HIV, di mana manusia dan haiwan kelihatan semakin berdekatan dan bersentuhan.

Dengan perjalanan dan perdagangan moden pada zaman ini menjadikannya kemungkinan ia merebak cepat lebih tinggi, kata penasihat WHO Profesor Marion Koopmans kepada The Daily Telegraph.

Sebagai contoh, virus Zika dan Sindrom SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) muncul dan membunuh ramai orang sebelum ia berjaya dikawal.

Virus Zika dan SARS muncul dan membunuh ramai orang sebelum berjaya dikawal (gambar: bayi yang dijangkiti Zika)

Sumber: ©gettyimages

Penyakit biasa seperti selesema juga boleh memudaratkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak selesema global pada masa akan datang berpotensi untuk membunuh seramai 33 juta penduduk di dunia dalam masa 200 hari.

Sumber: dailymail.co.uk

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds