SUBANG – Dalam tempoh lima tahun lagi, rakyat Malaysia dijangka akan menyaksikan pembinaan terminal baharu akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini, terminal sedia ada yang terdiri daripada KLIA dan klia2 dikatakan mampu menampung seramai 75 juta penumpang dalam tempoh setahun. Kedua-dua lapangan terbang berkenaan dilaporkan telah berjaya mengendalikan seramai 59 juta penumpang pada tahun lalu.

Kredit: Harian Metro

Menurut Pengarah Urursan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali, terminal baharu KLIA3 yang bakal dibina itu masih lagi dalam proses perbincangan antara pihak MAHB dan kerajaan.

Kredit: The Malay Mail Online

Tambah beliau lagi, pihak MAHB turut bercadang untuk menambah pelaburan bagi meningkatkan keupayaan sistem pengurusan bagasi di terminal sedia ada.

“Pelaburan ini mampu menambah sehingga lima juta kapasiti penumpang dalam setahun bagi menampung pertambahan bilangan penumpang setiap tahun di kedua-dua terminal sedia ada ketika ini.”

Ketika ditanya mengenai keperluan membina landasan keempat di KLIA, Badlisham menjelaskan bahawa setakat ini, perancangan untuk menambah landasan baharu adalah tidak perlu memandangkan ketiga-tiga landasan yang sedang digunakan ketika ini sudah mencukupi.

Kredit: klia2

“Selain itu, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menaik taraf sistem kawalan trafik udara pada tahun ini dan tahun depan”.

“Dengan naik taraf ini, jumlah pergerakan pesawat akan meningkat daripada 73 pesawat sejam kepada 110 pesawat sejam di tiga landasan sedia ada ini”.

Ujar beliau lagi, “Sehubungan itu, kita perlu pastikan yang kita memaksimumkan kapasiti dan pelaburan terlebih dahulu sebelum membina landasan baharu ini. Landasan ini sememangnya ada dalam perancangan untuk dibina, tapi saya fikir ia masih jauh lagi sebelum ia perlu dibina”.

Kredit: The Rakyat Post

Berdasarkan daripada laporan The Edge Markets, KLIA mencatatkan penerimaan sejumlah 58.5 juta penumpang pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 11.2% berbanding tahun 2016.

Terminal Utama KLIA telah mengendalikan lebih 28.2 juta penumpang berbanding tahun sebelumnya manakala klia2 pula berjaya mengendalikan 30.3 juta penumpang, peningkatan sebanyak 11.6% pada tahun 2016.

Sumber: BH OnlineThe Edge Markets

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds