Siapa tidak kenal dengan pasangan pengantin sensasi, Fattah Amin dan Fazura yang baru-baru ini telah melangsungkan majlis resepsi khas bersama para peminat di Royale Palace, Kampung Melayu Subang pada Ahad lalu (11 Mac 2018).

Kredit: Oh My Media

Bibit-bibit percintaan antara kedua pasangan pelakon dan penyanyi ini dikatakan bermula apabila mereka digandingkan bersama dalam drama bertajuk ‘Hero Seorang Cinderella’.

Kredit: Oh My Media

Bagi menunaikan janji untuk menyambut hari bahagia mereka bersama para peminat, pasangan FattZura telah mengadakan majlis berkenaan yang disambut meriah.

Dikatakan lebih daripada 5,000 peminat membanjiri lokasi majlis yang bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Kebanyakan tetamu yang hadir mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin yang tidak kekok untuk menyapa peminat mereka.

Kredit: Oh My Media

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada beberapa artis popular seperti Khai Bahar, Bob Yusuf dan juga Fazli Zainal. Malah, Fattah dan juga Fazura turut menghadiahkan ribuan peminat yang hadir dengan mempersembahkan lagu nyanyian mereka berjudul, Cinderella.

Kredit: Oh My Media

Terdahulu, Fattah dan Fazura mula menjadi bualan rancak rakyat Malaysia apabila melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel. Mereka kemudian mengadakan sebuah majlis resepsi bertemakan ala-ala kayangan yang turut menjadi topik hangat.

Kredit: beautifulnara

Dalam majlis yang diadakan khusus untuk anggota keluarga, kenalan rapat dan juga rakan artis itu, netizen amat memuji pasangan pengantin ini yang kelihatan persis seperti putera dan puteri kayangan.

Kredit: mStar

Kali ini, mereka sekali lagi dipuji oleh netizen yang terpesona dengan kejelitaan Fazura dan ketampanan Fattah Amin. Fazura kelihatan sangat anggun di dalam persalinan busana berona lavender hasil rekaan Altelia Amani manakala suaminya pula kelihatan seperti berasal daripada golongan bangsawan.

Kredit: Oh My Media

Rata-rata netizen turut sempat memuji teknik dandanan rambut daripada jurudandan CKay Liow serta hasil solekan Fazura yang menggunakan khidmat jurumekap Japhet (KF) Bong.

Kredit: Oh My Media

Ada segelintir netizen yang memuji kecantikan semula jadi Fazura yang dikuatkan lagi dengan senyuman menawannya. Malah, tidak dilupa juga mereka yang mendoakan kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini.

Kredit: Oh My Media

Apa-apa pun, ramai yang senang hati melihat penyatuan kedua-dua pelakon berkenaan. Semoga mereka kuat menghadapi segala onak dan cabaran dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri dan perhubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber: mStarOh My Media

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds