Ini adalah fakta sebenar yang perlu anda tahu: Pokok akan menyerap karbon dioksida bagi menghasilkan oksigen untuk manusia bernafas. Selain itu, pokok juga berperanan dalam menjadi habitat untuk kebanyakan haiwan. Terdapat beberapa sebab yang pastinya akan mengecewakan kita setiap kali melihat ada pokok yang ditebang atau mati…

Tetapi di sini, kita akan melihat beberapa pokok yang mempunyai kehidupan menakjubkan!

Pokok-pokok ini bukan sahaja kelihatan mempesonakan tetapi juga memiliki ciri-ciri unik seperti rupa yang eksotik, saiz yang besar dan usianya yang pasti akan mengejutkan anda…

Pokok rhododendron yang terletak di Kanada ini telah menjangkau usia 125 tahun!

Pokok Wisteria di Jepun yang berusia 144 tahun.

Pokok yang sedang ditiup angin dari Antartika di New Zealand.

Pokok Mapel Jepun yang boleh ditemui di Portland, Oregon.

Pokok Oak Antartika yang dipenuhi dengan lumut di Oregon, Amerika. Walaupun pokok ini mempunyai baka campuran dari Chile dan Argentina, ia biasanya tumbuh di Pasifik Utara, Amerika.

Pokok ceri yang sedang mekar di Bonn, Jerman.

Pokok Angel Oak di John Island, Carolina Selatan ini telah mencapai usia menakjubkan iaitu 450 tahun.

Pokok Darah Naga di Yaman. Pokok unik ini mendapat namanya kerana ia mempunyai getah yang berwarna merah. Getah daripada pokok berkenaan sering digunakan sebagai bahan pewarna, lapisan varnis pada biola dan juga penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

Pokok sequoia yang terletak di California ini adalah pokok ketiga terbesar di dunia dan digelar sebagai ‘Pokok Presiden’.

Pokok Mapel Merah ini ditanam dalam barisan yang lurus di Oregon, Amerika.

Pokok Eucalyptus Pelangi di Hawaii.

Pokok Jacaranda di Afrika Selatan.

Laluan yang indah dilengkapi dengan gerbang pokok Oak di Carolina Selatan.

Pokok Baobab di Madagascar.

Hutan Oak di Ireland Utara.

Kredit foto: voyagerloin.com
Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds