Bayangkan ketika anda sedang menjamu selera tiba-tiba anda tergigit sesuatu yang tidak dijangka seperti serpihan kayu manis atau biji ketumbar, pasti ia membantutkan selera makan anda bukan? Begitu jugalah yang berlaku kepada penggemar Chipotle apabila mereka menemui bahan yang tidak dapat dikenal pasti dalam hidangan mereka. Hal ini kerana ramai penggemar Chipotle jarang meluangkan masa untuk melihat terlebih dahulu makanan yang disediakan kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut. 

Beberapa penggemar Chipotle yang melalui pengalaman yang sama memuat naik gambar di Twitter. Mereka tertanya-tanya adakah daun hijau itu sejenis daun salad yang boleh dimakan? Ada juga yang berpendapat tukang masak sengaja meletakkan daun tersebut sebagai gurauan. Namun, ada seorang gadis bersumpah bahawa dia tidak akan makan Chipotle lagi kerana berasa seperti dipermainkan! Mari lihat beberapa pengalaman yang dikongsi oleh penggemar Chipotle di Twitter, ada yang tidak kisah dan ada juga yang meradang:

#1 Nampaknya ada daun di dalam mangkuk Chipotle  saya, jadi bagaimana pula dengan hari anda?

 Kredit: itskeeyraaaw 

#2 Terjumpa daun di dalam mangkuk Chipotle saya, apa yang berlaku?

 Kredit: RiccaParisella

#3 Terjumpa daun di dalam Chipotle saya, tetapi tidak mengapa, saya tetap akan memakannya walaupun mereka meletakkan racun di dalamnya!

Kredit: smittyespn

#4 Kakak saya pernah terjumpa ranting pokok dalam Chipotlenya dan kali ini dia terjumpa daun pula…

Kredit: MATTCHOEsen

#5 Lihat apa yang saya jumpa dalam Chipotle, tetapi semua itu tidak akan membuatkan saya berhenti makan di sini

Kredit: klweaver44

#6 Terima kasih kerana memberikan daun ini. Inilah yang saya mahukan…

Kredit:  Real_BryanJost

#7 Saya menemui daun ini di dalam Chipotle saya, tidak tahu apa yang perlu saya rasakan sekarang

 Kredit: KStacks_RealOG

#8 Saya hairan dan ingin tahu bagaimana daun ini boleh berada di dalam Chipotle saya

Kredit: kxthIeen

#9 Macam mana daun ini berada di dalam mangkuk Chipotle saya?

Kredit: dxsteez

#10 Biar betul, mengapa ada daun dalam mangkuk Chipotle saya?

Kredit: remytess15

Nampaknya masing-masing meluahkan perasaan apabila terjumpa daun hijau itu sehinggalah muncul seorang pengguna Twitter yang memberitahu bahawa daun itu (bay leaf) adalah antara rempah-ratus yang digunakan sebagai ramuan untuk menyediakan Chipotle yang enak itu.

Kredit: spookperson

Kredit: Organic Facts

Penggunaan bay leaf ini amat terkenal dalam beberapa masakan orang Itali yang bertujuan untuk meningkat aroma dan rasa yang tersendiri. Daun ini amat berfaedah untuk kesihatan seperti melambatkan proses penuaan, mempercepatkan penyembuhan luka, mengawal diabetes, mengurangkan masalah pernafasan dan mengoptimumkan proses pencernaan.

Sumber: BoredPanda

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 10 seconds