Perkampungan kecil mempesonakan ini menarik perhatian pelancong kerana keunikan dan kecantikannya seperti mereka berada di dunia lain.

Mungkin kita tidak menyedarinya, tetapi di dunia ini terdapat perkampungan dan pekan kecil yang sangat cantik serta mendamaikan dan telah wujud selama berabad lamanya. Kita mungkin melihatnya dalam cerita pari-pari, tetapi sebenarnya tempat yang cantik dan menarik ini benar-benar wujud di dunia nyata, seperti 17 lokasi di bawah.

1. Provence Lavender Country ialah sebuah pekan kecil pengeluar wain yang cantik ibarat sebuah puisi terletak di pesisir pantai Mediterranean.

2. Bibury ialah sebuah perkampungan tercantik di England dengan rumah kampung yang dibina daripada batu sarsen dan ia telah wujud selama beratus tahun.

3. Bandar Rothenburg di Jerman masih mengekalkan keaslian dan kecantikannya sejak dari zaman pertengahan sehingga kini dan ia tidak pernah berubah.

4. Pekan Purba Phoenix di Hunan, China, telah wujud selama 1,300 tahun. Pekan ini menempatkan pelbagai kumpulan etnik, istana lama, kuil, serta rumah dan jalanraya purba di sepanjang sungai yang cantik dan menghijau.

 

5. Perkampungan Gásadalur di Vagar Barat, Pulau Faroe memukau pandangan dengan pemandangan menakjubkan Gulf Stream di Lautan Atlantik Utara.

6. Pekan kecil Tasik Hallstatt di Austria, dikelilingi Banjaran Alps yang sentiasa berkabus. Pekan ini telah diundi oleh kebanyakan pelawat sebagai pekan tercantik di dunia.

7. Pekan Manarola di Itali, terletak di lereng bukit  menghadap pantai yang cantik dan membiru. Pekan ini memberi pemandangan yang menakjubkan dengan rumah-rumah yang berwarna-warni serta berada dekat di antara satu sama lain.

8. Perkampungan bersejarah Gokayama di Jepun dikenali dengan rumah bergaya ‘gassho-zukuri’ iaitu atap rumah berbentuk seperti seorang yang berdoa.

9. Hamnoy ialah sebuah perkampungan nelayan tertua dengan memberi pemandangan paling memukau mata yang terletak di Nordland, Norway.

10. Perkampungan  Dehang di Hunan, adalah penempatan asal yang memaparkan tradisi dan budaya etnik Miao di China.

11. Perkampungan Wengen di Switzerland, sentiasa diliputi salji sepanjang tahun, adalah salah satu tempat tercantik untuk pelawat menikmati pemandangan memukau pergunungan Alps.

12. Selama 300 tahun, perkampungan bersejarah Shirakawa di Jepun masih mengekalkan gaya seni binaan rumah secara tradisional termasuk gaya hidup dan budayanya. Perkampungan ini disenaraikan sebagai Khazanah Dunia oleh UNESCO pada tahun 1995.

13. Pengunjung yang melawat Perkampungan Alacati di Turki pasti tidak akan melupakan seni binaan rumah ala ladang anggur dan kincir anginnya yang cantik dan mempesona.

14. Apabila memperkatakan pekan Santorini di Greece, amat mustahil untuk melupakan perkampungan Oia. Kecantikannya yang begitu mistik bersama pemandangan matahari terbenam yang romantik adalah salah satu tarikan pengunjung ke perkampungan ini.

15. La Petite-Pierre ialah sebuah pekan kecil dengan pemandangan memukau bagai lukisan yang terletak di wilayah Bas-Rhin di Alsace, timur laut Perancis.

16. Bled ialah sebuah wilayah yang diperintah sendiri yang terletak di Gorenjska, Slovenia dengan populasi seramai 8,000 orang.

17. Zhou Zhuang ialah sebuah pekan purba berusia 1,000 tahun yang terletak di wilayah Jiangsu, China, kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai. Hanya 20,000 orang yang tinggal di sini. Kehidupan penduduk yang ringkas dengan ruang kediaman yang aman telah menarik perhatian pelawat dari seluruh dunia untuk berkunjung ke tempat ini untuk mengalami sendiri pengalaman indah seperti berada dalam kisah pari-pari.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds