Seorang artis terkenal dari Toulouse yang dikenali sebagai Dran, mencipta lukisan, ilustrasi dan grafiti jalanan berdasarkan masalah moden yang berlaku di dunia pada hari ini.

Hasil kerja beliau akan lebih mudah difahami dengan sedikit penjelasan. Dran menyoroti perkara-perkara yang mendalam dan kadang-kadang menjengkelkan yang berlaku di sekeliling kita setiap hari.

Mari lihat 12 masalah moden yang berlaku dalam kehidupan hari ini dan yang pasti anda tidak dapat menafikannya. Jika anda mahu melihat lebih banyak lagi karya Dran, layari Instagram miliknya.

#1 Perebutan harta adalah antara perkara yang sering berlaku pada pasangan yang bercerai pada masa kini. Mereka berkeras untuk menuntut hak masing-masing

#2 Cinta hingga hujung nyawa. Hanya pasangan yang benar-benar ikhlas dan setia sahaja yang akan melalui hari tua mereka bersama walaupun pasangan mereka menghidapi pelbagai penyakit

#3 Inikah yang dikatakan perkhidmatan yang ‘bagus’

#4 Sukar mencari hubungan perniagaan yang jujur waima antara adik-beradik sekalipun!

#5 Tiada komunikasi secara lisan. Pasangan suami isteri lebih suka berkongsi masalah dengan pihak ketiga 

#6 Pelancong. Ketika mereka sekeluarga gembira dengan percutian mereka, ada orang yang terpaksa mencuri demi meneruskan hidup! 

#7 Timbunan ilmu pengetahuan. Kasihan anak-anak zaman kini!

#8 Zaman kanak-kanak ini sudah tercemar. Banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya perkara ini seperti kurangnya perhatian ibu bapa dan percampuran dengan orang dewasa yang tidak bermoral

#9 Kerja sampai bila-bila pun tidak pernah akan habis. Carilah masa untuk anda berehat. Anda perlu mendapatkannya!

#10 Peliharalah apa yang kita miliki hari ini kerana kita sebenarnya meminjam dunia masa hadapan

#11 Setiap orang melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berbeza. Namun untuk menyelesaikan masalah itu, kita perlu bekerjasama untuk mencari jalan keluar

#12 Cinta itu menyakitkan! Cukuplah anda ditertawakan oleh si ‘dia’. Teruskanlah hidup dengan sesuatu yang baharu walaupun ‘dia’ tiada di sisi. Pasti ada seseorang yang lebih baik diciptakan untuk anda…

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds