INSPIRASI, Kisah Inspirasi, Pesona

Surat buat ibu daripada seorang anak yang dijatuhi hukuman mati dan daripada seorang anak yang merupakan CEO, berbeza tetapi menyentuh hati!

Surat buat ibu daripada seorang anak yang dijatuhi hukuman mati dan daripada seorang anak yang merupakan CEO, berbeza tetapi menyentuh hati!

Seorang anak yang hampir mati menulis sepucuk surat buat ibunya:

Ketika umur saya 3 tahun, saya pernah berlari dengan laju sehingga tidak sengaja terjatuh kerana terlanggar batu. Ibu dengan segera mendapatkan saya dan mengubati saya. Ibu juga menendang batu itu kerana marah, “kamu yang nakal, semua ini salah kamu!”. Saya tahu ibu lakukan semua itu supaya saya tidak menangis.

Ketika saya berumur 4 tahun, saya tidak mahu makan kerana asyik menonton TV. Tetapi ibu tetap menyuapkan saya makan supaya saya tetap dapat menonton dan supaya saya tidak sakit. Ibu tetap menyuapkan saya makan walaupun baju ibu kotor kerana makanan saya tumpah pada baju ibu.

Ketika saya berumur 6 tahun, ibu membawa saya ke kedai mainan untuk membeli hadiah dan mengatakan saya hanya boleh membeli sebuah hadiah sahaja.

Tetapi setelah saya membeli Transfomers, saya juga mahukan mainan kapal terbang. Ibu melarang saya dan itu membuatkan saya menangis sehingga ibu akhirnya terpaksa membelikan kedua-dua mainan yang saya mahukan. Saya sedar ibu melakukan semua itu kerana ibu tidak mahu membiarkan saya malu di hadapan orang ramai.

Ketika saya berumur 8 tahun, saya mahu belajar membasuh kasut sendiri, mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk. Namun, ibu melarang saya, bukan ibu tidak percayakan saya tetapi kerana ibu tidak mahu saya keletihan ditambah lagi dengan kerja sekolah yang diberikan guru.

Pada usia saya 10 tahun saya dihantar ke kelas tambahan Matematik, Bahasa Inggeris dan Piano. Oleh kerana terlalu banyak aktiviti yang saya lakukan sehingga membuatkan saya penat, akhirnya ibu tidak lagi menyuruh saya ke kelas tambahan. Saya tahu ibu mahu saya nikmati masa muda saya dengan gembira.

Ketika saya berumur 15 tahun saya mahu membeli piano, ibu memberikan wang kepada saya untuk membeli piano. Tetapi, selepas piano dibeli saya tidak menggunakannya. Saya tahu ibu telah menggunakan wang simpanan ibu selama 3 bulan semata-mata untuk menggembirakan saya.

Pada usia saya 20 tahun ketika saya hendak bercuti bersama rakan-rakan saya ibu membelikan saya telefon bimbit baharu. Namun, kerana terlalu leka bermain saya lupa untuk menghubungi ibu walhal saya tahu ibu pasti sedang merindukan saya.

Ketika saya berusia 24 tahun, saya ingin bekerja di bandar, di sebuah syarikat terkemuka. Ibu memeluk saya dengan perasaan bangga dan mengirimkan wang belanja setiap bulan supaya saya tidak susah hidup di bandar. Saya tahu setiap malam ibu menangis kerana rindu dan risau akan saya.

Pada usia saya 32 tahun, saya berhutang puluhan ribu kerana judi. Walaupun ibu jatuh sakit tetapi tetap masih bekerja untuk bantu saya melunaskan hutang tersebut sehingga ibu pula yang terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ketika saya berumur 35 tahun, ibu tidak lagi boleh menolong saya. Saya dirompak dan mahu dibunuh. Ibu hampir gila mendengar berita itu dan menyalahkan Tuhan seumur hidupnya.

Seorang anak yang menjadi CEO menulis surat kepada ibunya:

Ketika umur saya 3 tahun, saya pernah berlari dengan laju sehingga tidak sengaja terjatuh kerana terlanggar batu. Namun ibu dengan segera menyuruh saya bangun sendiri. Sejak itu saya faham bahawa saya harus bertanggungjawab di atas kesalahan sendiri.

Ketika saya berumur 4 tahun, saya tidak mahu makan kerana asyik menonton TV. Ibu kemudian memberitahu jika saya tidak makan saya akan kelaparan sehingga esok pagi. Ternyata apa yang dikatakn ibu itu betul, keesokan hari tiada satu pun makanan di atas meja. Sejak itu saya faham saya harus menerima akibat atas keputusan yang saya buat.

Ketika saya berumur 6 tahun, ibu membawa saya ke kedai mainan untuk membeli hadiah dan mengatakan saya hanya boleh membeli sebuah hadiah sahaja.

Tetapi setelah saya membeli Transfomers, saya juga mahukan mainan kapal terbang. Ibu melarang saya membuatkan saya menangis sehingga ibu akhirnya meninggalkan saya sehingga saya malu sendiri. Saya tahu saya harus bertanggungjawab di atas pilihan saya.

Ketika saya berumur 8 tahun, saya mahu belajar membasuh kasut sendiri, mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk. Ibu mengajar saya sehingga tangan saya terluka dan saya keletihan. Saya faham ibu mahu mengajar saya untuk jadi seorang yang pandai berdikari.

Pada usia saya 10 tahun saya dihantar ke kelas tambahan matematik, Bahasa Inggeris dan Piano. Oleh kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan saya sering kepenatan. Ibu bahkan menasihatkan saya supaya saya jadi orang berguna. Saya tahu apa yang ibu lakukan adalah semata-mata untuk mendidik saya menjadi seorang yang berguna dan pandai bekerja suatu hari nanti.

Ketika saya berumur 15 tahun saya mahu membeli piano, tetapi ibu tidak mengizinkan kerana menurut ibu bermain harmonika sahaja saya tidak tahu, inikan pula bermain piano. Dari situ saya tahu saya harus bertanggungjawab di atas perbuatan saya.

Pada usia saya 20 tahun ketika saya hendak bercuti bersama rakan-rakan saya dan ibu menyuruh saya untuk mengumpul wang supaya dapat membeli barang keperluan sepanjang percutian. Walaupun itu sangat menyusahkan saya, tetapi saya tahu ibu lakukan semua itu supaya saya berusaha untuk mendapatkan apa yang saya mahukan.

Ketika saya berusia 24 tahun, saya ingin bekerja di bandar, di sebuah syarikat terkemuka. Ibu memeluk saya kerana terlalu bangga dan menasihatkan saya supaya saya rajin bekerja, cari pengalaman dan jangan lupa untuk kirimkan wang untuk adik-adik saya. Saya tahu ibu mahu melatih saya untuk menjadi seorang yang dewasa dan bertanggungjawab.

Pada usia saya 32 tahun, ketika saya sudah menjadi orang yang berjaya dan mampu membelikan rumah impian ibu, ibu menangis terharu. Ibu begitu bangga kerana berjaya mendidik dan membesarkan saya sehingga saya mampu mencapai kejayaan.

Ketika saya berumur 35 tahun, ketika isteri dan anak saya datang melawat ibu di rumahnya, ibu memeluk dan mencium cucunya dengan penuh kasih sayang. Di situ saya faham bahawa tugas ibu mendidik saya telah selesai. Sekarang tiba masanya untuk saya mendidik isteri dan anak saya dengan didikan yang terbaik seperti yang pernah diberikan ibu kepada saya.

Terima kasih ibu kerana telah menjadi guru yang terbaik dalam hidup saya. Ibu mengajar saya daripada setiap kesalahan yang saya lakukan. Dari situ saya belajar erti tanggungjawab, kebangkitan, kesusahan dan erti sebuah kejayaan.

 

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...