Sementara ramai yang berfikir bahan logam yang digunakan dalam pendakap gigi untuk mengetat dan meluruskan gigi tidak membahayakan, namun sebenarnya ia boleh mendatangkan risiko dan membahayakan sekiranya ia tidak dipasang dengan sempurna.

Ini yang berlaku kepada seorang gadis yang berumur 15 tahun.

Leah Kitchen dari United Kingdom membuat keputusan bertemu doktor gigi untuk mengetatkan pendakap giginya.

Kredit foto: Ben Lack Photography Ltd

Pada bulan November 2017, Leah Kitchen yang berusia 15 tahun dari Thorngumbald, Hull, United Kingdom telah pergi bertemu dengan doktor gigi untuk menjalani satu sesi pemeriksaan gigi dan mengetatkan pendakap gigi yang dipakai seperti biasa.

Seminggu kemudian selepas menjalani proses mengetatkan pendakap gigi itu, Leah telah mengadu kepada ibunya, Andrea Kitchen, 42 tahun yang dia mengalami rasa tidak sedap badan. Leah mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan otot serta batuk dan selsema.

Ibu Leah, Andrea Kichen menjadi bimbang apabila anak perempuannya mula menjadi lupa dan keliru serta mengalami demam yang tidak kebah selepas mengetatkan pendakap gigi.

Kredit foto: Hull Daily Mail/MEN Media

Ibunya, Andrea menjadi bimbang dan telah membawa anak perempuannya ini ke hospital komuniti dan selepas menjalankan pemeriksaan, doktor memberi diagnos Leah mengalami demam selesema dan menyuruhnya pulang. Keadaan Leah bertambah teruk selepas itu apabila anak gadis ini mula muntah-muntah dan doktor lain memberi diagnos yang sama iaitu Leah mengalami demam selesema.

Kebimbangan dan kemusykilan Andrea memuncak apabila mendapati Leah mula berkelakuan pelik dengan bertanya kepada ibunya bila masa mereka membeli mesin basuh dan permaidani baru yang sudah lama berada di dalam rumah. Leah mula menjadi pelupa dan keliru, di samping demamnya yang tidak kebah.

Leah Kitchen mengalami dua strok yang disebabkan oleh serpihan logam daripada pendakap giginya yang telah menyerap ke dalam saluran darah dan jantung.

Kredit foto: Hull Daily Mail/MEN Media

Andrea telah membawa Leah ke Hospital Diraja Hull untuk menjalani pemeriksaan darah dan imbasan MRI. Hasil pemeriksaan mendapati tahap protein C-reaktif  (CRP) remaja ini ialah 260 berbanding 0 yang sepatutnya didapati daripada remaja biasa. Ini bermakna saluran darah Leah telah dijangkiti bakteria. Hasil imbasan juga mendapati terdapat serpihan logam yang telah menyerap ke dalam saluran darah Leah menjangkiti jantung sehingga ke tulang belakang dan terus ke otak. Sebab mengapa Leah menjadi lupa dan keliru serta mengalami dua serangan strok.

Setelah menjalankan beberapa ujian lebih lanjut, pihak hospital kemudian mengesahkan Leah Kitchen telah mengalami penyakit endorkarditisiaitu jangkitan bakteria atau kuman yang telah memasuki ke dalam sistem peredaran darah yang boleh menyebabkan komplikasi kepada kegagalan jantung dan strok. Penyebab kepada bakteria ini telah merebak ke dalam saluran darah dan jantung sehingga ke otak Leah ialah serpihan logam daripada pendakap gigi yang baru diketatkan di klinik gigi beberapa minggu sebelumnya.

Bayangkan bagaimana panik keluarga ini apabila secara tiba-tiba Leah Kitchen terpaksa dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan jantung dengan segera.

Kredit foto: Hull Daily Mail/MEN Media

Demi mengelak komplikasi jantung dan serangan strok yang lebih serius, Leah telah digegas ke Hospital Besar Infirmari Leeds pada keesokan harinya bagi menjalani pembedahan jantung segera untuk membuang jangkitan bakteria dan serpihan logam yang telah merebak ke dalam jantungnya. Pembedahan tersebut telah berjalan selama 5 jam dan selepas segalanya berjalan lancar, Leah terpaksa tinggal di hospital dan berada dalam pemerhatian doktor selama lapan minggu.

Pada bulan Januari yang lalu, Leah Kitchen akhirnya telah dibenarkan pulang dan memulakan persekolahan serta menjalani kehidupan remajanya seperti biasa.

Ibunya, Andrea Kitchen berkata walaupun Leah telah kembali mendapat kehidupan normalnya, hanya 90 peratus sahaja yang dapat dipulihkan. Selebihnya tidak seperti dahulu. Leah kini kerap berasa letih dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital untuk seumur hidup.

Walaupun sudah pulih, Leah Kitchen sering berasa letih dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan buat seumur hidup.

Kredit foto: Ben Lack Photography Ltd

Andrea Kitchen kini lantang memberi kesedaran tentang bahaya serpihan logam daripada pendakap gigi yang boleh menyebabkan penyakit endokarditis kepada remaja dan kanak-kanak. Beliau berkata, ibu bapa perlu berhati-hati dan memeriksa kesihatan anak masing-masing apabila mereka tiba-tiba jatuh sakit selepas memakai pendakap gigi pada masa hadapan. Risiko mendapat penyakit ini juga boleh menjangkiti mereka yang menindik telinga, hidung, kening atau bahagian badan lain serta yang bertatu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh Keluarga KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds