Pada 7 Mac lalu, berlaku satu kemalangan dahsyat membabitkan dua buah kereta. Namun, kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan berkenaan bukanlah dilanggar oleh kenderaan lain seperti lori dan sebagainya tetapi dirempuh oleh sebiji tayar lori yang tercabut.

Kredit: postimg.org

Kejadian kemalangan yang dapat dirakamkan oleh Ah Boon melalui dashcam menunjukkan bagaimana tayar lori itu menyelusuri lorong bertentangan lalu merempuh kenderaan jenis Toyota Vios miliknya.

Kredit: Fiona Choo

Pada permulaan video berdurasi 24 saat itu, kelihatan Ah Boon sedang memandu di lorong bertentangan sebelum tayar lori itu tercabut. Kejadian yang berlaku agak pantas itu juga membuatkan Ah Boon tidak sempat untuk mengelakkan tayar berkenaan dan mengakibatkannya keretanya dirempuh pada bahagian hadapan pemandu.

Kredit: Ah Boon

Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan bonet hadapan terbuka dan menghalang penglihatan Ah Boon. Akhirnya, keretanya yang baru dibeli empat bulan lepas itu gagal dikawal lalu berakhir di sebuah parit kecil pada tepi jalan.

Kredit: Dekye Hanz

Selain kereta Ah Boon, tayar berkenaan turut mendarat di atas sebuah kenderaan Naza Citra dan hampir meragut nyawa pemandu serta penumpang di tempat duduk hadapan.

Kredit: Dekye Hanz

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

Lihat rakaman video kemalangan yang mendebarkan di bawah:

Sumber: Facebook/Ah Boon

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds