Aneh, INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Bukan senang membuat sarang penguin yang cantik untuk menarik penguin betina, jadi penguin licik ini mencuri batu daripada penguin jantan lain !

Bukan senang membuat sarang penguin yang cantik untuk menarik penguin betina, jadi penguin licik ini mencuri batu daripada penguin jantan lain !

Setiap kali musim mengawan, 5 juta ekor burung penguin akan berkumpul di kawasan lapang tidak bersalji di benua Antartika untuk membuat sarang. Adalah sangat penting bagi setiap penguin jantan dewasa untuk membuat sarang yang paling baik dan cantik untuk menarik perhatian penguin betina.

Sarang atau rumah penguin yang baik dan cantik perlu diperbuat daripada batu-batu yang cantik. Untuk mendapatkan batu yang cantik dan sesuai bagi membuat sarang bukan satu tugas yang mudah.

Oleh itu, bagi penguin jantan yang pemalas dan terdesak tetapi bercita-cita besar untuk menarik perhatian penguin betina dengan sarangnya yang cantik, ia akan bertindak mencuri batu-batu daripada penguin jantan lain yang rajin.

Seperti kelakuan melucukan dua ekor penguin jantan ini.

Penguin jantan rajin ini bersungguh-sungguh mencari batu yang cantik bagi membina sarangnya untuk menarik perhatian penguin betina.

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Dan penguin jantan licik ini sedang memerhatikan penguin rajin itu membina sarangnya dengan batu yang cantik dan membuat keputusan untuk mencuri sahaja batu-batu yang cantik daripadanya apabila ia pergi mencari batu yang lain.

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Setelah sarang separuh siap itu ditinggalkan buat seketika, penguin jantan licik ini mengambil kesempatan untuk mencuri batu-batu cantik itu dan mengalihkan ia ke sarangnya.

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Kemudian ia berlari membawa batu dan beredar dari tempat kejadian. Licik dan bijak bukan?

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Penguin rajin tiba di sarangnya, dan menjadi bingung, “Kenapa pula batu ini tidak bertambah? Baik saya pergi mencari batu lagi.” Dan penguin licik di sana itu sedang mengalihkan pandangan dan berpura-pura buat tidak tahu.

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Setelah penguin rajin pergi, penguin licik datang kembali dan mencuri batu. Katanya, “Saya mencuri batu dari sarang kamu, memanglah batu di sarang ini tidak pernah bertambah!”

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Perbuatan penguin licik ini akhirnya disedari si penguin rajin dan ia menjadi berang dengan menjerit, “Oh! ini kerja kamu rupanya! Pergi dari sini, carilah batu kamu sendiri, janganlah mencuri. Menyusahkan penguin lain sahaja!”

Kredit : Paparan skrin Youtube/ BBC

Lihat video penguin jantan mencuri batu yang cantik daripada penguin jantan lain di bawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...