KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad baru-baru ini telah melancarkan program Pembiayaan Rumah 1-Minit pada platform digital CIMB InstaApproval yang bertujuan untuk menjanjikan peluang kepada pelanggan memiliki rumah sendiri pada tempoh yang cepat, selamat, tanpa kertas dan melalui proses kelulusan yang segera.

Kredit: CIMB

Menurut Pengarah Urusan Kanan dan Ketua Wilayah, Vipin Agrawal, pelaksanaan platform digital pertama di Malaysia itu dijamin dapat memudahkan kelulusan pembiayaan rumah sepenuhnya hanya dalam tempoh satu minit selepas pelanggan menyerahkan maklumat dan dokumen lengkap.

“Usaha memiliki rumah dibuat lebih menyenangkan melalui proses kelulusan segera, dengan surat tawaran rasmi, berbanding kelulusan bersyarat atau ‘secara prinsip’, ujar beliau pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program tersebut.

Kredit: Business Insider

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz memaklumkan bahawa terdapat 8 pemaju dengan 60 projek hartanah di Lembah Klang telah mengambil bahagian dalam skim Pembiayaan Rumah 1-Minit itu.

Kredit: The Star

Antara pihak yang terlibat adalah Eco World Development Group Bhd, IJM Land Bhd dan juga MahSing Group Bhd.

Kredit: Seremban 2 IJM Land

Tambah beliau, “Lebih banyak pemaju dengan projek di luar Lembah Klang dijangka menyertainya mulai 1 Mei 2018.”

Pada masa yang sama, Agrawal turut memaklumkan bahawa pengenalan kepada program Pembiayaan Rumah 1-Minit itu akan terus meningkatkan pasaran gadai janji bank di Malaysia yang kini berada pada paras 12% ke 13%.

Kredit: Wonderlist

“Kami merancang memperkenalkan platform digital pinjaman kereta.”

Pembiayaan Rumah 1-Minit telah dimasukkan di bawah platform InstaApproval yang akan memudahkan pelanggan untuk memohon pembiayaan peribadi, pinjaman Amanah Sahan Bumiputera dan juga kad kredit.

Sumber: Free Malaysia TodaySAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds