Benarlah kata orang adakala jodoh itu datang tanpa disangka-sangka. Seperti pasangan suami isteri ini mereka tidak menyangka bahawa mereka sebenarnya pernah bertemu sedekad yang lalu tanpa mereka sedari.

Ye, 35, dikatakan telah ternampak gambarnya yang ada dalam foto lama isterinya, Xue, yang diambil di Qingdao ketika sedang bercuti pada tahun 2000. Pada ketika itu Ye telah ke Qingdao bersama sekumpulan pelancong manakala Xue pula bercuti ke sana bersama dengan ibunya.

Ye terkejut apabila dia mendapati dirinya muncul dalam sebuah gambar yang diambil oleh isterinya (kiri). Dia kemudian menunjukkan pula gambar solonya yang diambil di Qingdao (kanan)

Pasangan itu seolah-olah tidak percaya apabila melihat baju yang dipakaikan Ye adalah sama dengan baju yang dipakai lelaki dalam foto Xue (kiri). Pasangan itu melawat bandar pelabuhan di timur China itu selepas mereka berkahwin pada 2012 (kanan)

Pasangan itu memberitahu Chengdu Business Daily bahawa mereka hanya mengetahui tentang pertemuan yang tidak disangka itu ketika Ye mengemas ruang belajar di rumah ibu mertuanya pada 4 Mac.

‘Saya melihat gambar di mana isteri saya duduk di hadapan Dataran Empat May (May Four Square), ada juga seorang lelaki yang berdiri jauh, itu adalah saya!” Kata Ye.

Dia kemudian pulang ke rumah dan mendapati gambar percutiannya yang diambil pada 28 Julai 2000, yang menunjukkan dirinya sedang bergambar di  hadapan mercu tanda yang sama di Qingdao.

Pasangan itu terkejut apabila melihat seorang lelaki, memakai t-shirt biru dan seluar hitam, muncul dalam kedua-dua gambar dengan gaya yang sama.

Pasangan itu bertemu semula pada tahun 2011 melalui kawan mereka

Ye, bapa kepada dua orang anak ini berkata dia akan melawat Qingdao sekali lagi apabila anak kembar perempuannya sudah besar

Mereka berkongsi gambar dengan rakan-rakan mereka dan kebanyakan mereka percaya bahawa kedua-duanya sememangnya telah ditakdirkan untuk bersama.

Ye bertemu dengan isterinya pertama kali melalui kawan-kawannya pada tahun 2011 ketika dia kembali ke kampung halamannya di Chengdu, setelah tamat pengajian dari sebuah universiti di Suzhou.

Mereka berkahwin setahun kemudian dan mengambil gambar perkahwinan mereka di Qingdao.

Pasangan itu merancang untuk melawat bandar pelabuhan itu sekali lagi apabila anak kembar mereka sudah besar.

Mereka memberitahu wartawan bahawa mereka akan menyimpan kedua-dua gambar itu dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds