Adalah sesuatu yang biasa untuk seseorang artis atau penyanyi menyanyikan lagu penyanyi lain di mana-mana persembahan atau pertunjukkan. Namun begitu, tidak semua boleh membawa lagu tersebut, sebaik penyanyi asal lebih-lebih lagi jika bahasa yang digunakan adalah berbeza.

Baru-baru ini kumpulan K-pop terkenal Korea Selatan, IN2IT telah memuat naik sebuah video cover mereka yang menyanyikan lagu Gemilang oleh Jaclyn Victor. Apa yang menariknya mereka nampaknya telah berjaya membawa lagu tersebut dengan baik sekali walaupun lagu tersebut berbahasa Melayu.

Hampir kesemua lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu cuma mereka menambah sedikit elemen rap dalam bahasa Korea pada minit ke 1:35, selepas korus pertama.

Video muzik itu juga telah memaparkan klip daripada lawatan mereka ke Malaysia baru-baru ini sebagai sebahagian daripada Tour Asia pada bulan lepas.

Sehingga kini video itu telah ditonton lebih daripada 60,145 kali, menerima lebih daripada 9,000 like serta menerima lebih daripada 1,271 komen di YouTube.

Netizens yang menonton klip video tersebut rata-rata menyukainya dan ada yang nelahirkan rasa bangga kerana lagu Malaysia menjadi pilihan artis antarabangsa untuk dinyanyikan. Ada juga yang memuji mereka kerana mereka berjaya menyebut bait-bait lagu dalam bahasa Melayu itu dengan baik sekali.

Kredit: IN2IT OFFICIAL (YouTube)

Kredit: IN2IT OFFICIAL (YouTube)

Sebelum ini kumpulan tersebut pernah menyanyikan lagu ‘Gemilang’ dalam satu siaran langsung menerusi aplikasi V LIVE. Jadi, ramai peminat berspekulasi bahawa ini hint atau petunjuk yang menunjukkan bahawa kumpulan tersebut bakal muncul dengan video penuh dengan menyanyikan lagu tersebut.

Bagi yang tidak tahu, salah seorang daripada ahli kumpulan ini, Isaac Voo merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah.

Kredit: Allkpop

Ahli-ahli kumpulan IN2IT lain terdiri daripada Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo, Kim Jin-sub dan Kim Sung-hyun, kesemua mereka adalah berasal dari Korea.

Kredit Soompi

Tonton video di bawah:

Era Baru

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds