KUALA LUMPUR  – Tahukah anda apa itu Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR)? PBBR sebenarnya merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada bakal-bakal ibu.

PBBR menyediakan perkhidmatan kelas pertama dengan bayaran serendah RM3 sahaja! Menarik bukan? Biasanya perkhidmatan terbaik sebegini hanya boleh didapati di hospital swasta dengan kos yang mencecah hampir puluhan ribu ringgit!

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Facebook

Tapi kini, jangan risau lagi. Para pelanggan khususnya wanita yang bakal melahirkan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di tiga pusat perubatan iaitu:

  • MAIWP Hospital Putrajaya Presint 8
  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Kredit: Mohd Fadli Hamzah/Harian Metro

Penubuhan PBBR ini telah dijalankan pada Januari 2012 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 April tahun yang sama. Cadangan penubuhan PBBR timbul berikutan wujud beberapa masalah di Hospital Putrajaya seperti kemudahan tidak mencukupi untuk menampung kadar kelahiran yang menyebabkan wad menjadi sesak.

Rajah di bawah merupakan perbandingan anggaran kos yang perlu ditanggung bagi hospital kerajaan dan hospital swasta:

Sumber: Hospital seluruh Malaysia

Peningkatan kos yang terlalu tinggi membuatkan ramai yang akan merancang untuk mempunyai anak atau mungkin tidak mahu melahirkan langsung! Namun dengan adanya PBBR, rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menikmati perkhidmatan rawatan, bilik, perubatan dan makanan yang setaraf hospital swasta dengan bayaran yang rendah.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Facebook

MAIWP Hospital Putrajaya telah menyediakan sebanyak enam bilik bersalin termasuk 18 buah katil. Pihaknya turut berharap agar kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat memberikan keselesaan kepada para ibu dalam proses melahirkan bayi dan pengalaman seperti bersalin di rumah sendiri.

Menurut Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Putrajaya iaitu Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, pihaknya meletakkan sasaran 100 kelahiran dalam tempoh sebulan pada masa akan datang berbanding 30 kelahiran sebulan sewaktu awal penubuhan PBBR.

Kredit: Kedah Health Department via NST

Namun begitu, syarat kelayakan untuk bersalin di PBBR adalah terhad kepada ibu-ibu berisiko rendah yang tidak mempunyai masalah komplikasi semasa kelahiran sebelumnya dan tidak mempunyai sejarah perubatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, asma, penyakit kardiovaskular dan sebagainya.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Facebook

Dalam erti kata lain, hanya ibu yang memegang kod warna putih pada buku pemeriksaan antenatal masing-masing sahaja disahkan layak untuk menggunakan perkhidmatan di PBBR.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Bayaran deposit kemasukan yang dikenakan untuk orang awam hanyalah RM15 sahaja, caj harian untuk bilik adalah RM3 manakala untuk kakitangan awam atau pesara kerajaan adalah percuma”.

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Facebook

Tambah beliau lagi, “Untuk bersalin biasa pula, tiada bayaran dikenakan bagi kakitangan awam manakala untuk orang awam, caj yang perlu dibayar hanyalah RM10 sahaja”.

Diharap inisiatif ini dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi membantu menampung kadar kelahiran yang semakin meningkat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/FacebookNoor Hisham Abdullah/Facebook

Era Baru

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds