Apabila bercakap mengenai Vietnam pasti ramai yang mula membayangkan tempat membeli-belah yang banyak di sana. Dengan pelbagai barangan dijual dengan harga yang murah membuatkan Vietnam seolah-olah ‘syurga’ membeli-belah terutama bagi golongan wanita.

Katakan sahaja di mana, Ben Thanh Market, Night Market, Malaysian Street, Saigon Square dan pelbagai tempat lagi di Ho Chi Minh, majoritinya di sana adalah rakyat Malaysia yang sibuk tawar menawar untuk membeli sesuatu.

Harga barangan di sana memang murah, tetapi tidak salah jika anda meminta diskaun lebih untuk membeli barangan yang anda mahukan. Apa yang penting anda jangan sesekali terpedaya dengan pujukan penjual di sana, pastikan harga murah baru beli!

Bagi yang akan ke Vietnam, berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor untuk anda gunakan ketika di sana, siapa tahu anda mungkin beruntung untuk mendapatkan diskaun yang banyak!

Berikut adalah 15 tips paling penting ketika melancong di Vietnam:

1. Biasanya kita akan menukar matang wang ringgit kepada mata wang negara yang ingin dilawati. Tetapi jika mahu ke Vietnam anda tidak perlu menukar ringgit Malaysia kepada Dong kerana kini di Vietnam 99% peniaga menerima ringgit Malaysia.

2. Jangan gunakan barang kemas ketika membeli-belah kerana penjual mungkin akan menaikan harga barangan mereka sehingga 90%.

3. Penyeluk saku di sana agak ‘dahsyat’. Jadi pastikan beg sandang belakang dipindahkan ke depan sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Elakkan menaiki beca kerana mereka akan mengenakan tambang yang mahal (boleh mencecah ratusan ringgit) ketika anda turun walaupun pada awalnya mereka menawarkan harga yang rendah.

5. Elakkan menaiki teksi motor yang tidak berdaftar kerana tambangnya agak mahal.

6. Berhati-hati ketika membeli-belah di Pasar Ben Thanh kerana penjual rata-rata agak kasar lebih-lebih lagi jika kita sengaja memegang barangan yang mereka jual.

7. Kebanyakan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar kerana penjual akan menjahit satu lagi X bagi menjadikan XXL kalau mereka kehabisan stok.

8. Biasa barang display lebih berkualiti daripada barang yang penjual ambil di bawah meja.

9. Semasa bayar elakkan menukar Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter kerana penjual akan mengenakan harga yang lebih mahal tanpa kita sedari.

10. Hati-hati sebelum membeli barang kerana jika kita mahu menukar apa-apa barang mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.”

11. Bila ada penjual yang menawarkan untuk rasa kacang rebus jangan ambil kerana mereka akan terus bungkus satu atau dua pot dan paksa kita untuk membelinya dengan harga yang agak mahal.

12. Elakkan membeli air yang berais di tepi jalan kerana ais di sana tidak sihat sehingga boleh membuatkan anda batuk, sakit tekak dan serak-serak.

13. Elakkan pergi ke hospital kerana caj yang terlalu mahal, untuk menetapkan janjii temu sahaja anda mungkin boleh dicaj sehingga 500 usd  atau sekitar RM1900.

14. Kalau ada apa-apa masalah terus rujuk kepada pemandu pelancong  yang membawa anda bersiar-siar di sana.

15. Bila hendak membeli sesuatu cuba minta kurang hingga 50% daripada harga tawaran. Kalau penjual tidak menerima tinggalkan tempat itu dan jangan risau kerana 70% penjual akan memanggil semula pelanggan untuk memberi harga yang diminta pelanggan tadi.

Sumber: Facebook | Nur Aliah Mohd Nor

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds