Pekerjaan sebagai pramugari atau pramugara adalah antara pekerjaan terkenal dan menjadi impian ramai orang. Namun, ia bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana setiap pramugari atau pramugara bertanggungjawab ke atas lebih daripada 300 nyawa pada setiap penerbangan. Mereka juga perlulah mempunyai jiwa besar kerana pekerjaan tersebut memerlukan mereka berkomunikasi dan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia daripada pelbagai peringkat umur.

Walaupun sedar akan perkara itu, namun masih ramai lagi wanita yang mahu bekerja sebagai pramugari termasuklah Mary Clare Inonog. Dia selalu mengimpikan untuk bekerja sebagai pramugari dan disebabkan tidak mahu melepaskan peluang merantau ke negara orang, dia segera memohon pekerjaan tersebut sebaik sahaja tamat pengajian kolej.

Namun, perjalanan karier Mary tidak bermula dengan begitu mudah. Dia juga gagal kali pertama seperti calon pramugari yang lain. Kemudian, dia mencuba lagi dan gagal untuk kali kedua dan ketiga. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi pramugari dan dia berjanji akan berusaha sehingga berjaya.

Mary melakukan beberapa perubahan pada dirinya termasuklah menurunkan berat badannya. Ini kerana, permohonannya pernah ditolak oleh sebuah syarikat penerbangan kerana dia mempunyai lebihan berat badan daripada yang disyaratkan.

Selain itu, Mary juga memperbaiki teknik pertuturan dan komunikasi dengan melakukan beberapa latihan. Namun begitu, biarpun pelbagai usaha telah dilakukannya, namun dia masih gagal diterima oleh mana-mana syarikat penerbangan.

Akhirnya selepas 24 kali percubaan dan 22 penolakan, kini Mary adalah salah seorang pramugari syarikat penerbangan Qatar.

Mary berkata: “Selepas 24 kali percubaan, 22 penolakan iaitu 2 kali oleh syarikat penerbangan pertama, 8 kali oleh syarikat penerbangan kedua, 3 kali oleh syarikat penerbangan ketiga, 6 kali oleh syarikat penerbangan keempat, 4 kali oleh syarikat penerbangan kelima dan 4 kali oleh syarikat penerbangan Qatar, ia membuatkan saya sedar Tuhan mengatur hidup saya secara sukar kerana DIA mahu saya memperbaiki kemahiran saya, personaliti saya, berat badan saya, untuk membuktikan diri saya pada orang di sekeliling saya dan untuk belajar erti KEHIDUPAN.”

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds