Kehidupan istana selalunya menyimpan banyak kisah penuh misteri. Hal ini termasuklah penggunaan permata yang menjadi perhiasan mahkota keluarga diraja tersebut. Contohnya, sebiji berlian pada mahkota diraja boleh menjadi punca konflik antara negara! Peninggalan diraja juga boleh mendedahkan kebenaran sejarah daripada sudut pandangan yang berbeza.

Berikut adalah 9 permata yang dimiliki atau dianugerahkan kepada seseorang dan setiap permata daripadanya mempunyai sejarah yang menakjubkan.

#9 Kerongsang batu nilam Ratu Victoria

Kredit: eastnews

Ratu Victoria (1839-1876) sangat menyukai batu nilam. Beberapa hari sebelum mereka berkahwin, tunangnya Putera Albert mempersembahkan kerongsang batu nilam kepada Ratu.

Menurut tradisi lama Inggeris, pengantin perempuan harus mempunyai empat perkara pada dirinya pada hari perkahwinan.

Empat perkara itu ialah ‘sesuatu yang tua’, ‘sesuatu yang baharu’, ‘sesuatu yang dipinjam’ dan ‘sesuatu yang berwarna biru’. Oleh itu, Ratu telah menggunakan hadiah kerongsang biru sebagai ‘sesuatu yang berwarna biru’.

Warna biru melambangkan kesetiaan seseorang dan tiada hadiah yang lebih bernilai daripada itu. Kini, kerongsang biru itu dipakai oleh Ratu Elizabeth II pada majlis-majlis istimewa. Semenjak itu, kerabat diraja meletakkan batu nilam kecil pada setiap cincin pertunangan sebagai ‘sesuatu yang berwarna biru’ untuk pengantin perempuan.

#8 Kalung Marie Antoinette

Kredit: eastnews

Kalung yang sangat cantik ini terdiri daripada logam berharga dan berlian adalah tarikan kejadian terbesar pada abad ke-18. Orang yang sangat dekat dengan Ratu membeli kalung ini melalui pinjaman dengan harga yang sangat mahal.

Ratu mendakwa tidak tahu apa-apa tentang pembelian tersebut tetapi ramai orang tidak mempercayai cerita itu dan yakin beliau yang memerintahkan mereka untuk membelinya. Ratu sebenarnya mahu membeli kalung ini sendiri tetapi membatalkannya kerana harganya terlalu tinggi.

Terdapat banyak misteri dan penipuan yang berlaku di sekeliling Marie Antoinette yang membawa kepada peningkatan pergolakan politik di Perancis.

Ratu itu dikatakan terlibat dalam urusan luar nikah namun perkara itu tidak pernah disahkan. Akhirnya, kalung ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan penurunan besar dalam popularitinya sebagai ratu.

#7 Tiara Ratu Elizabeth II

Kredit: eastnews

Tiara berlian yang anda dapat lihat pada Elizabeth II diberikan kepadanya pada hari pernikahannya. Bagaimanapun sebelum majlis itu, pendandan rambutnya memecahkan tiara tersebut.

Tiara itu kemudiannya segera dihantar ke “House of Garrard” di mana ia telah dibaiki dengan cepat dan dihantar kembali kepada Ratu. Bolehkah anda bayangkan bagaimana bimbangnya Ratu dengan keadaan itu?

#6 Telur Faberge: Perhiasan keluarga Romanov

Kredit: eastnewseastnews

Tradisi lukisan telur untuk Hari Easter telah wujud di Rusia sejak zaman purba. Sudah tentu keluarga diraja mengikuti tradisi ini juga. Alexander III memutuskan untuk membawa sesuatu yang baharu pada adat ini dan muncul dengan kejutan yang sangat menarik untuk isterinya iaitu telur perhiasan.

Terdapat ayam kecil dalam telur ini yang ditutupi dengan enamel dan di dalam ayam terdapat satu lagi hadiah iaitu kalung batu delima dan mahkota. Permaisuri sangat menyukai hadiah tersebut dan suaminya terus memberinya telur baharu pada setiap Hari Easter. Anaknya juga meneruskan tradisi tersebut.

Gustav Fabergé adalah artis yang mencipta semua telur itu. Oleh kerana tradisi itu menjadi terkenal, telur-telur ini bukan sahaja dibuat untuk ahli-ahli keluarga diraja yang lain, bahkan keluarga diraja dari negara lain turut mendapatkannya.

Selepas revolusi, Bolshevik menjual kebanyakan telur tersebut demi mendapatkan wang. Akhirnya, hanya 9 terlur daripadanya yang masih terdapat di Rusia. Anda boleh melihatnya di Muzium Fabergé di Saint Petersburg, Rusia.

#5 Mahkota empayar kerajaan British

Kredit: eastnews

Seperti yang kita ketahui hari ini, mahkota kerajaan British telah direka pada tahun 1937 untuk Raja George VI. Disebabkan terdapat banyak batu permata yang berlebihan di atasnya, maka tidak hairanlah berat mahkota tersebut hampir 3.45 kilogram.

Tetapi ia tidak dapat menandingi berlian Koh-i-Noor yang boleh diterjemahkan sebagai “gunung cahaya” yang terletak tepat di tengah mahkota. Ini mungkin berlian paling terkenal di dunia. Ia berusia lebih dari 300 tahun dan berasal dari India.

Berlian tersebut tidak pernah dijual namun diambil secara paksa dari satu pemilik ke pemilik yang lain. Pada tahun 1849, selepas penjajahan India, berlian itu akhirnya sampai di tangan Ratu Victoria.

Selepas India merdeka, kerajaan India meminta orang Inggeris untuk mengembalikan khazanah negara mereka tetapi kerajaan Inggeris menyatakan dengan jelas bahawa itu adalah mustahil.

#4 Tiara perkahwinan Kate Middleton

Kredit: eastnews

Tiara berlian yang dipakai oleh Kate Middleton pada hari pernikahannya tidak mempunyai sejarah hitam. Tetapi kewujudannya baharu sahaja bermula. Perhiasan ini dibeli oleh George VI dan diwarisi oleh Elizabeth II. Terdapat 888 berlian di atas tiara ini.

Elizabeth II tidak pernah memakai tiara ini tetapi dia sering meminjamkannya. Sementara itu, kakak dan anak perempuan Ratu sering memakai tiara tersebut. Kemudian, peninggalan itu dipakai oleh isteri kepada Putera William pada tahun 2011 iaitu Kate Middleton.

#3 Gelang emas Puteri Denmark

Kredit: Flickr

Terdapat tradisi diraja yang luar biasa di Denmark iaitu semua puteri menerima gelang emas pada ulang tahun kelahiran mereka yang ke-5.

Tradisi ini bermula pada zaman Ratu Sweden. Bondanya memberikan gelang emas untuknya pada ulang tahun ke-5 dan tidak lama kemudian, bondanya mangkat. Tinggallah anak perempuannya sebagai anak yatim piatu.

Puteri muda itu sangat menghargai hadiah tersebut dan apabila beliau mempunyai anak perempuan sendiri, beliau memutuskan untuk memulakan tradisi dan memberikan hadiah yang sama kepadanya. Sejak itu, semua gadis keluarga diraja menerima hadiah ini.

#2 Tiara zamrud Ratu Rania

Kredit: Flickr

Ratu Rania Jordan adalah seorang wanita yang mengagumkan. Beliau adalah salah seorang wanita pertama yang berjumpa dengan masyarakat secara terang-terangan, mencabar peraturan dan mencipta revolusi budaya.

Beliau memainkan peranan besar dalam reformasi hak wanita yang sangat penting termasuk hak mereka untuk mengundi, hak mereka untuk memandu kereta dan hak mereka untuk memilih pakaian mereka sendiri.

Setiap kali Ratu Rania muncul di khalayak ramai, beliau kelihatan sempurna. “Chanel,” “Dior,” dan “Yves Saint Laurent” adalah antara jenama kegemarannya.

Meskipun Ratu Rania adalah salah seorang kerabat diraja namun beliau tidak mempunyai mahkota sendiri sebelum ini. Tetapi pada tahun 2000, Ratu Jordan itu akhirnya mendapat mahkota sendiri iaitu tiara yang diperbuat daripada zamrud dan emas hitam. Tiara ini direka oleh “Boucheron.” Perhiasan ini dipanggil “Emerald Ivy” kerana ia kelihatan mirip dengan tumbuhan ivy.

#1 Cincin Puteri Diana

Kredit: eastnews &  eastnews

Puteri Diana memilih cincin batu nilam ketika dia bertunang dengan Putera Charles. Ini adalah satu kejutan besar bagi keluarga diraja terutamanya Ratu Elizabeth II. Cincin itu dibuat oleh “House of Garrard” dan harganya hanyalah RM149 ribu pada masa itu. Keluarga Diraja menganggap bahawa ia adalah pilihan yang sangat buruk kerana sesiapa pun mampu membelinya!

Selepas Puteri Diana meninggal dunia, cincin itu diwarisi oleh Putera William yang kemudiannya mempersembahkannya kepada Kate Middleton.

Hari ini, tiada siapa yang mengambil berat mengenai perhiasan eksklusif diraja seperti Permaisuri Cambridge yang memakai “Zara“. Orang-orang British berfikir itu adalah idea yang hebat dan ini menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang elegan dan praktikal.

Bagaimana? Hebat bukan rahsia mengenai permata yang digunakan sebagai perhiasan oleh kerabat diraja tersebut? Jika anda mengetahui kisah menarik mengenai permata hiasan kerabat diraja yang lain kongsikan kepada kami semua.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds