Setiap orang mengimpikan sesuatu yang dapat memudahkan perjalanan hidup mereka setiap hari. Contohnya, tilam udara khas yang diletakkan di kerusi belakang kereta supaya anda dapat baring dengan selesa, bangku di taman yang mempunyai meja boleh laras dan pelbagai lagi.

Berikut adalah 15 idea bijak yang menjadikan hidup ini lebih mudah dan pasti anda mahukan idea bijak #9 dipraktikkan di Malaysia.

#1 Promosi hebat! Kopi percuma sebagai pertukaran untuk sesiapa yang mengutip sampah di pantai dengan menggunakan bakul sampah khas

Kredit: awkwardlondoner

#2 Lampu isyarat di Ukraine, unik dan memudahkan semua orang melihatnya. Pasti pengguna jalan raya akan lebih peka dengan pertukaran isyarat lampu itu

Kredit: kfinny99

#3 Pili air minuman ini bukan sahaja bermanfaat untuk manusia, malah haiwan juga boleh meminum air melalui takungan di bahagian bawah pili

Kredit: rubenmleon

#4 Pembekal perabot ini membekalkan perkakasan secara berasingan mengikut langkah demi langkah. Ia sangat memudahkan cara pemasangan dan dapat mengelakkan perkakasan bersaiz kecil daripada hilang

Kredit: SandyDFS

#5 Permaidani khas di pantai disediakan untuk memudahkan pergerakan mereka yang menggunakan kerusi roda dan kereta sorong bayi

Kredit: canadianvintage

#6 Penutup botol ubat ini memberitahu anda bilakah kali terakhir anda membukanya

Kredit: CptnBo

#7 Sebuah restoran menyediakan pembuka pintu di bahagian bawah demi memudahkan pekerjanya keluar masuk kawasan memasak terutamanya ketika membawa barang di tangan

Kredit: happysunbear

#8 Di Copenhagen, terdapat taman permainan berbasikal kanak-kanak yang mana mereka boleh belajar undang-undang dan berlatih berbasikal sebelum mereka menggunakan jalan raya sebenar

Kredit: MY2200

#9 Kereta tolak di pasaraya ini mempunyai kalkulator. Mudahlah utuk pembeli mengira dan mengawal perbelanjaan setiap kali keluar berbelanja

Kredit: Afrocean

#10 Alangkah bagusnya jika semua peralatan dapur mempunyai ciri seperti ini

Kredit: Alentheflannel

#11 Di Osaka Jepun, terdapat lif di bangunan tertentu yang mempunyai isyarat hujan seperti ini untuk menandakan hari hujan

Kredit: eigosensei

#12 Kedai kopi ini memberikan kompos percuma yang diperbuat daripada hampas kopi. Pasti anda yang gemar bercucuk tanam menyukainya!

Kredit: dazz9573

#13 Di Korea, pelanggan boleh memilih sama ada mahukan bantuan daripada pekerja pasar raya tersebut untuk mencari barangan tertentu atau mahu lakukannya sendiri. Bukan semua orang suka diikuti daripada belakang!

Kredit: hand

#14 Kaedah ini dilihat lebih berkesan untuk setiap pengguna jalan raya merancang kelajuan pemanduan. Mungkin Malaysia boleh mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh negara luar seperti ini. Namun apa yang paling penting, ia perlu diselenggara secara berkala

Kredit: Xited

#15 USB ini menunjukkan berapa banyak simpanan yang telah digunakan. Sangat memudahkan!

Kredit: thefifthgiant

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds