Pada malam 8 Mac yang lalu, berlaku satu insiden tular melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Mercedes hitam dan Perodua Bezza berwarna putih.

Video yang tersebar meluas di Facebook itu dipercayai berlaku berhampiran sebuah kedai makan di Kota Damansara, Selangor.

Kredit: YouTube

Dalam video berdurasi dua minit itu memperlihatkan kereta Mercedes berkenaan telah salah memasuki lorong sehala dan akhirnya bertembung dengan kereta Bezza putih.

Walaupun jelas terpampang kesalahan berpunca daripada pemandu Mercedes, dia bagaimanapun enggan berundur dan tetap berkeras untuk melalui jalan sehala itu.

Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah restoran ini membuatkan para pelanggan berpeluang untuk melihat ‘drama’ antara dua buah kenderaan tersebut. Pada awalnya, pemandu Bezza menyerah kalah dan mahu mengundurkan kenderaannya namun tidak berjaya kerana laluan di belakangnya sudah dipenuhi dengan kenderaan lain.

Kredit: YouTube

Melihatkan keadaan itu, pemandu Mercedes tanpa semena-mena terus menekan minyak dan melanggar bumper depan Perodua Bezza tersebut sebanyak dua kali!

Saksi kejadian yang melihat insiden ini bagaimanapun terus menyatakan sokongan mereka terhadap pemandu Bezza. Ada segelintir pelanggan restoran sempat menyatakan:

“Tak payah takut, telefon polis sahaja”.

Penularan video ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang pengakhiran insiden berkenaan. Nasib baik, pemandu Bezza tersebut memberikan responnya seperti berikut:

Kredit: Facebook

Menurut laporan daripada China Press, ada sesetengah saksi berpendapat bahawa berdasarkan kepada kelakuan pemandu Mercedes tersebut, ada kemungkinan besar pemandu sedang mabuk. Namun, kesahihannya tidak dapat dibuktikan malah tiada siapa mengetahui berapa ramai individu yang berada dalam kenderaan tersebut memandangkan tingkapnya digelapkan (tinted).

Apa-apa pun, diharap pesalah akan segera ditemui dan menerima hukuman yang setimpal atas lagaknya seperti samseng jalanan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds