RANAU: Semua pendaki dan pekerja yang berada di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi melanda malam semalam telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat awal pagi tadi.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairul Azuwan Ibrahim berkata terdapat kira-kira 130 orang pendaki berada di gunung semasa gempa bumi yang berukuran 5.2 skala Richter melanda bumi Sabah pada pukul 9.06 malam semalam.

STR/LANO LAN

“Terdapat juga 42 orang pemandu gunung, 12 orang kakitangan tork gunung, 4 orang pembawa barang, 30 orang kakitangan Sutera Harbour, 4 orang pekerja pembinaan, 11 orang kakitangan Taman Sabah dan 6 orang Pegawai Pencarian dan Penyelamat Gunung (MOSAR).”

“Mereka tiba di pintu gerbang Timpohon secara berperingkat antara 1.30 pagi dan 4.30 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi tersebut.

Tambah beliau lagi, misi mencari dan menyelamat tersebut melibatkan 76 orang daripada pelbagai agensi termasuk MOSAR, polis, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan dan kakitangan Taman Sabah.

UTUSAN ONLINE/IRWAN MAJID

“Walaupun ada beberapa laluan yang runtuh tetapi semuanya terkawal.”

STR/LANO LAN

“Seperti yang kita pernah hadapi pengalaman yang sama sebelum ini, kakitangan berjaya mengambil tindakan pantas untuk memastikan semua orang yang berada di gunung selamat,” katanya lagi.

Sementara itu, pengurus Taman Kinabalu Yasin Miki berkata terdapat runtuhan besar di gunung itu tetapi tidak dapat menentukan lokasi yang tepat.

“Keadaan sangat gelap ketika kejadian itu berlaku, oleh itu sukar bagi kami untuk mencari lokasi yang mengalami kerosakan tetapi kami akan melakukan pemeriksaan lanjut hari ini.”

Sumber: NST 

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds