Melihat aksi pertarungan di antara dua haiwan yang berlainan spesies pasti akan membangkitkan rasa debaran dan kekaguman. Menjadi lumrah dan tabii haiwan, ia akan sentiasa bertarung demi meneruskan kehidupan. Bagi haiwan yang cekal dan kuat, ia akan dapat menjaga habitat dan kumpulan spesiesnya dengan baik.

Kredit foto: Caters News Agency

Satu rakaman video memperlihatkan bagaimana aksi pertaruhan merebut kawasan di antara harimau belang jantan dan beruang sloth betina yang begitu membangkitkan kekaguman lagi memenatkan.

Aksi mendebarkan ini telah dirakamkan di Taman Negara Tadoba di Maharashtra, India oleh seorang ketua naturalis di taman negara tersebut, Akshay Kumar.

Pertarungan ini berpunca daripada harimau belang jantan yang berasa tidak puas hati apabila dua ekor beruang sloth dalam perjalanan ke kolam yang dikawal oleh harimau tersebut untuk mencari air. Harimau belang secara tiba-tiba menyerang beruang sloth tersebut yang merupakan pasangan ibu dan anak.

Harimau itu yang bernama Matkasur cuba untuk melindungi kawasannya daripada dicerobohi, sementara beruang betina ini cuba melindungi anaknya daripada dicederakan oleh harimau belang tersebut. Masing-masing mempunyai sebab untuk melindungi diri.

Kredit foto: Caters News Agency

Akibatnya pertarungan hebat dan berdarah ini berterusan selama 15 minit untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan berkuasa, dengan kedua-dua haiwan ini mengalami kecederaan yang serius, terutamanya beruang sloth betina yang telah hampir ditumbangkan oleh harimau belang Matkasur.

Video ini telah merakamkan aksi bagaimana Matkasur hampir membunuh ibu beruang itu dengan cuba mematikan nadi dilehernya dan ia hampir keletihan, namun beruang sloth betina ini tidak berputus asa dengan mudah.

Dengan semangat bertarung yang sangat hebat, beruang sloth ini telah bangkit dan melupakan kesakitannnya dengan cuba melawan kembali harimau belang tersebut. Pertarungan kembali hebat dan sengit dengan kedua-dua haiwan ini saling bercakaran, berkejaran dan mengaum sehingga memaparkan detik yang mendebarkan.

Kredit foto: Caters News Agency

Nasib beruang sloth betina ini amat baik kerana bulunya yang lebat di badan telah menyelamatkan nyawanya. Harimau belang ini tidak dapat mencapai urat nadi beruang tersebut, lalu dengan menggunakan seluruh kekuatan ia telah mampu bangkit dan tidak mahu mengalah.

Akhirnya, dengan pertarungan yang hebat lagi menakutkan dari beruang sloth betina ini, harimau belang bernama Matkasur telah kepenatan dan terus mengalah lalu meninggalkan beruang sloth dan anaknya.

Agak mengagumkan melihat semangat ibu beruang sloth yang begitu hebat ini. Semangat berjuang yang telah memberi kemenangan demi merebut tempat melepaskan dahaga dan melindungi anaknya. Amat berbaloi mendapat air minuman selepas ini.

Lihat video aksi pertarungan mendebarkan di antara beruang sloth betina dan harimau belang jantan di bawah:

Sumber: LAD BIBLE

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds