PETALING JAYA – Bersempena dengan Pesta Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) 2018, anda berpeluang untuk menikmati penerbangan ke mana-mana destinasi domestik atau antarabangsa dengan tawaran diskaun sehingga 30%.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines, tawaran diskaun ini membolehkan para pelanggan menikmati perjalanan dengan harga yang jauh lebih murah. Misalnya bagi perjalanan antara bandar seperti Kota Bharu dan Pulau Pinang, anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM89 sehala.

Kredit: Malaysia Airlines

Pelanggan yang ingin membuat perjalanan ke Alor Setar, Langkawi atau Kota Kinabalu, kadar tambang yang ditawarkan adalah serendah RM109, RM129 dan RM179 sehala.

Di samping itu, promosi yang dilancarkan ini turut meliputi tambang bersih bagi bandar-bandar di Asean. Tambang bersih ini merangkumi jumlah bagasi yang tidak terhad dalam lingkungan 30 kg bagi kelas ekonomi.

Kredit: watson

Malah, pelanggan juga akan disajikan dengan makanan serta hiburan percuma sepanjang penerbangan. Berikut merupakan contoh harga penerbangan bagi beberapa bandar di Asean:

  • Phuket – RM329
  • Singapura – RM369
  • Jakarta – RM399
  • Surabaya – RM459
  • Bangkok – RM489

Selain daripada destinasi domestik, Malaysia Airlines turut menawarkan penjimatan penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Sydney, Seoul dan juga London.

Kredit: shutterstock

Promosi ini akan berakhir pada 12 Mac 2018. Namun, tempoh perjalanan bagi destinasi dalam negeri yang tertakluk kepada promosi tersebut bermula sekarang hingga 19 November. Sementara itu, penerbangan antarabangsa pula akan bermula pada 12 Mac dan berakhir pada 31 Oktober ini.

Bagi anda yang berminat boleh mendapatkan tiket promosi ini menerusi laman rasmi Malaysia Airlines di sini.

Sumber: The Star

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds