Batik merupakan salah satu seni yang tidak asing dan ia sangat dekat dengan rakyat Malaysia baik perempuan mahupun lelaki. Batik digunakan secara meluas seperti pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS, majlis-majlis formal, sarung kusyen, tudung kepala dan banyak lagi. Namun, adakah anda tahu rahsia dan maksud sebenar di sebalik cara pemakaian kain batik?

Gambar sekadar hiasan

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kenali terlebih dahulu bahagian yang ada pada setiap kain batik seperti dalam gambar di bawah.

Kredit: berusdankrayonkami

1. Apit kiri dan apit kanan: Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan menyeluruh dan diilhamkan daripada motif flora.

2. Badan kain: Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu motif akar-akar menjalar. Motif ini diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan di dalam hutan yang menjalar.

3. Gunung kain: Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif yang serupa yang terdapat pada apit kiri dan kanan kain iaitu susunan menyeluruh.

4. Kepala kain: Kepala kain dihiasi dengan motif pucuk rebung. Motif ini diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif bunga keduduk di dalamnya.

Kredit: akuanakpahang

Cara pemakaian kain batik sebenarnya mempunyai maksud tersendiri. Berikut adalah antara contoh cara pemakaian dan maksud disebaliknya ialah:

1. Kepala kain di hadapan melambangkan anda seorang anak dara.

2. Kepala kain di belakang melambangkan anda sudah berkahwin.

3. Kepala kain sebelah kiri melambangkan anda telah kematian suami atau lebih dikenali sebagai balu.

4. Kepala kain sebelah kanan melambangkan anda seorang janda yang bercerai hidup.

Kredit: dailymoslem

Ilmu mengenai maksud di sebalik cara pemakaian kain batik ini amat penting. Ia dapat mengelakkan anda daripada tersalah memakai kain batik. Secara tidak langsung orang lain tidak akan tersalah tafsir mengenai anda.

Betulkan cara pemakaian kain batik dan kongsikan maklumat ini kepada orang lain!

Sumber: Blogspot Aku Anak Pahang

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds