GAYA HIDUP, INSPIRASI, KESIHATAN

Kaedah mudah untuk berhenti rokok, hanya kunyah gula-gula getah khas yang boleh didapati di farmasi

Kaedah mudah untuk berhenti rokok, hanya kunyah gula-gula getah khas yang boleh didapati di farmasi

Sudah bermacam-macam cara yang telah disarankan bagi membantu para perokok tegar agar dapat menghentikan tabiat buruk berkenaan. Ada sahaja alasan mereka untuk meneruskan tabiat mereka itu. Malah, ada yang berkata,”Alah, sudah lama merokok. Badan masih lagi sihat”. Namun, ada juga segelintir yang menanam niat untuk berhenti walaupun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, terutamanya bagi perokok tegar yang mengalami ketagihan nikotin.

Oleh yang demikian, apa yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Alfa Shafirah ini di laman Facebook boleh dijadikan panduan bagi anda di luar sana yang mahu menghentikan ketagihan untuk merokok. Hal ini kerana ia disarankan sendiri oleh doktor. Mudah sahaja, dengan mengunyah gula-gula getah khas.

Gula-gula getah berkenaan boleh didapati di farmasi dengan harga RM29.90 untuk sepapan. Menurut Alfa, suaminya merupakan seorang perokok tegar dan beliau berjaya menghentikan tabiat buruk tersebut setelah 12 hari mengamalkan saranan doktor ini.

Inilah gula-gula getah khas yang digunakan sebagai pengganti nikotin untuk golongan perokok. Boleh dapatkan di farmasi.

Memang kita akui, usaha untuk membuang nikotin dalam tubuh perokok amatlah sukar. Perokok yang sedang berusaha ke arah itu akan berasa lemah, degupan jantung akan kencang, kurang selera makan dan tekak akan menjadi kering. Simptom tersebut boleh berlarutan sehingga dua bulan mengikut penerimaan tubuh masing-masing. Menurut Alfa, suaminya berjaya mengikis tabiat merokok dalam tempoh 12 hari sahaja! Kesannya, tubuh suami beliau masih lagi tidak bermaya kerana ketiadaan nikotin dalam badan.

Setelah gula-gula getah itu hilang manisnya, jangan dibuang terus. Simpan sahaja di dalam mulut walaupun anda akan berasa mahu muntah dan tekak berasa loya. Hal ini kerana ia merupakan sebahagian proses tubuh untuk membuang nikotin lama dahulu. Bawa bersabar ya dan kuatkan semangat! Jika anda mempunyai pasangan ataupun ahli keluarga yang merupakan perokok tegar dan buntu tentang cara berkesan untuk menghentikan tabiat merokok, kongsikan kepada mereka.

Sumber: Alfa Shafirah

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...