Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai penjual ikan paling comel di sebuah pasar tempatan di Vietnam. Sekiranya ‘ia’ menjual pasir di padang pasir, mungkin anda akan termakan pujukannya untuk membeli pasir tersebut disebabkan terpesona dengan gayanya.

Inilah kucing peliharaan Le Quoc Phong berusia tiga tahun yang dikenali dengan nama Dog. Mereka telah bersama-sama menjual barang-barang basah di pasar tempatan beberapa kali sebelum ini. Seperti peniaga yang lain, Dog sentiasa berpakaian kemas dan kelihatan bergaya semasa mencari rezeki.

Menurut Le Quoc Phong, Dog seakan-akan bintang pujaan ramai. “Ia gemar memakan aiskrim, mengembara dan tidur. Ia juga mempunyai ramai teman wanita dan anak di dalam negara.” kata Le Quoc Phong.

Ditanya mengapa memberikan nama Dog, Le Quoc Phong berkata itu disebabkan perlakuan si comel itu yang gemar bernafas dan bertindak seperti anak anjing. 

Selain itu, Dog juga dikatakan suka bergaya di hadapan kamera dan tidak kekok untuk memakai apa sahaja kostum yang disediakan oleh Le Quoc Phong untuknya.

Dog nampaknya benar-benar telah berjaya menarik perhatian ramai netizen atas aksinya yang comel dalam kostum yang disediakan oleh tuannya. Dog menjadi bualan hangat bukan di Vietnam sahaja malah rakyat Thailand dan China juga memperkatakan tentangnya.

Mari lihat beberapa foto Dog yang pasti membuatkan anda turut jatuh cinta kepadanya. Sekiranya anda mahu melihat lebih daripada ini, sila layari Instagram dan Facebook  Le Quoc Phong.

“Ada sesiapa yang mahu membeli sotong?”

“Cuaca panas hari ini, mata saya silau”

“Inilah dua kepala ikan yang awak minta tadi. Memang sedap kalau dimasak kari”

“Hari ini berniaga di tempat lain pula. Semoga murah rezeki di sini”

“Udang setengah kilogram sudah ditimbang. Jangan lupa membayarnya”

“Dia kenyit pada saya. Mungkin mahu minta discount

“Ya, saya tahu saya comel. Ambillah gambar saya banyak-banyak”

“Sayur pun saya jual juga. Segar dari kebun. Marilah!”

“Pemilik kedai ini pergi ke tandas. Dia meminta saya menjaga kedainya sebentar”

“Sekiranya anda melihat pencuri di pasar, segera laporkan kepada saya!”

“Selain daripada menjual ikan di pasar, saya juga mengambil upah sebagai pengapit pengantin”

“Inilah upah saya menjual ikan dan sayur di pasar. Nyaman rasanya tekak ini!”

“Setelah penat mencari rezeki, saya perlu bercuti”

“Inilah diri saya yang sebenarnya!”

“…dan kek cawan? oh tidak!”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds