Kini, semua individu mempunyai banyak akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Sudah tentu, terdapat lambakan gambar yang akan dimuat naik setiap hari oleh semua pengguna media sosial di dunia.

Berdasarkan statistik daripada syarikat Instagram, sejumlah 52 juta gambar akan dimuat naik oleh pengguna Instagram setiap hari manakala di Facebook pula, sekitar 350 juta gambar.

Seperti gambar-gambar yang akan kami tunjukkan kepada anda di bawah, ianya hanyalah gambar biasa yang berlaku kepada manusia normal. Tiada apa yang begitu luar biasa mengenainya.

Namun, kisah di sebalik gambar-gambar tersebut ternyata berjaya membuatkan gambar ini menjadi kenangan yang paling indah dan tidak dapat dilupakan.

#1 Seorang lelaki di atas motosikal. Tetapi dia bukanlah lelaki biasa. Dia adalah Keanu Reeves!

Kredit: unknown_human/ reddit

#2 Pemandangan jalan raya dipenuhi salji. Menariknya, gambar ini diambil pada tahun 2014 di Mesir. Kejadian salji turun di Mesir ini adalah yang pertama kali sejak 112 tahun yang lalu!

Kredit:  joeystar/imgur

#3 Seorang remaja dipakaikan tali leher oleh seorang wanita. Sebenarnya, remaja ini tidak tahu memakai tali leher. Tiba-tiba wanita berkenaan bangun dan menawarkan pertolongan untuk membantu remaja ini

Kredit: Loozar/reddit

#4 Ini adalah rakan-rakan saya… kecuali lelaki yang memakai topi itu. Kami langsung tidak mengenalinya. Kami sangkakan dia adalah sepupu kepada lelaki yang memakai kaca mata tetapi sebenarnya tidak. Tetapi, dia bersama kami sepanjang hari

Kredit: northern_hero/reddit

#5 Tiga tali leher di pagar. Pada tahun 2009, saya dan dua rakan telah meletakkan tali leher kami di luar pagar sempena hari terakhir persekolahan. Hari ini, tali leher itu masih kekal berada di pagar tersebut

Kredit:  lewROLL/reddit

#6 Seni abstrak. Ini adalah lukisan pertama saya menggunakan komputer lama kira-kira 22 tahun lalu. Ayah saya telah menyimpan lukisan ini dan mengubahnya menjadi kad hari lahir saya yang ke-30!

Kredit: canofpotatoes/reddit

#7 Hadiah Hari Natal yang kreatif. Rakan saya pernah bertanya satu soalan kekok kepada seorang lelaki yang disukainya. “Adakah awak sukakan roti?” Setahun kemudian, mereka bercinta dan teman lelakinya memberikan hadiah ini. Perli ke?

Kreatif:  imgur

#8 Gambar ini sebenarnya adalah gambar latarbelakang pada sistem operasi Microsoft Windows XP. Kawasan ini terletak di California dan inilah rupanya sekarang

Kredit: eatnumber1/imgur

#9 Ubat selesema bertukar rupa. Saya membiarkan ubat ini di dalam kereta dan ia mencair. Sekarang, ubat ini kelihatan seperti sepasang kasut yang comel!

Kredit: arwyayen/reddit

#10 Dua anak patung. Pada tahun 1995, makcik menghadiahkan anak patung kucing ini. Saya sangat sukakannya dan selalu bawa ke mana saja. Selepas dia meninggal dunia, kami mendapati makcik sebenarnya membeli satu lagi anak patung yang sama dan telah menjaganya sebaik mungkin selama dua dekad. Lihat perbezaan anak patungnya (kiri) dan anak patung saya yang sudah penyek (kanan)

Kredit: Connguy/reddit

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds