Di perairan Baja California, Mexico, berlaku satu kejadian yang sangat tidak terduga dan ianya berjaya dirakamkan oleh sekumpulan penyelam untuk tontonan anda semua.

Kejadian yang disebutkan ini adalah satu peristiwa yang jarang berlaku dan pasti akan membuatkan anda tergamam melihatnya.

Seekor burung kosa dilihat menyelam ke dalam air dan cuba ‘mencabut’ beberapa ekor ikan remora yang menempel di bawah badan jerung paus itu! Ikan remora sememangnya akan melekat pada haiwan lain yang lebih besar bagi mendapatkan perlindungan dan sisa makanan.

Dalam jumlah yang kecil, ikan-ikan ini tidak akan mengundang sebarang bahaya atau kemudaratan kepada jerung paus. Malah, ikan remora juga berguna dalam menyingkirkan parasit pada haiwan gergasi tersebut.

Tetapi jika terlalu banyak ikan remora menempel pada jerung paus, ia boleh mengakibatkan beberapa permasalahan besar seperti melambatkan pergerakan jerung paus di mana jerung ini akan memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk bergerak di dalam air.

Nampaknya burung kosa ini sedang menabur bakti kepada si jerung paus, Ia sedang memberikan khidmat bantuan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh jerung berkenaan.

Setelah beberapa kali cubaan, burung kosa ini berjaya mendapatkan ikan berkenaan lalu segera kembali ke permukaan air. Malah, ia akan kembali semula ke dalam air untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

Berdasarkan kepada fakta, burung kosa sememangnya terkenal dengan tabiatnya yang akan menyelam ke dalam air untuk menangkap ikan. Akan tetapi, tiada siapa yang pernah melihat kejadian seunik ini.

Betapa beraninya burung ini menyelam di bawah haiwan gergasi tersebut semata-mata untuk mendapatkan sumber makanannya!

Penularan video ini ternyata mendapat reaksi daripada pakar haiwan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat memastikan sama ada tindakan yang ditunjukkan oleh burung kosa tersebut sebagai kelakuan tidak normal atau kelakuan biasa yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Tonton video mengagumkan ini di bawah dan utarakan komen serta pendapat anda mengenainya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds