Tabiat lama sememangnya amat sukar disingkirkan daripada dalam diri, sehingga kita sanggup melakukan perkara atau cara hidup ini tanpa berfikir ia boleh memudaratkan diri sendiri, terutama sekali pada waktu pagi apabila kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memulakan hari.

Di bawah adalah 8 tabiat lama yang biasa kita lakukan pada waktu pagi yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan diri untuk jangka masa panjang. Selepas membaca artikel ini, anda patut menghindari perkara berikut dan memulakan tabiat baru yang lebih menyihatkan.

1.Tidak memulakan hari dengan mandi

Kredit : depositphotos  /depositphotos

Menurut seorang doktor dari Universiti Harvard, apabila kita mandi pada waktu pagi, ia akan membuat otak menjadi segar dan aktif serta dapat memberi tumpuan kepada sebarang pekerjaan yang mahu dilakukan dengan baik.

Dengan memulakan hari dengan mandi, otak manusia akan dapat mengeluarkan idea baru dan luar biasa serta lebih mudah mencari jalan penyelesaian. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk memulakan hari dengan mandi sebaik sahaja bangun dari tidur.

2. Mandi dengan air panas

Kredit : depositphotos

Oleh kerana air panas memberi kesan yang memberi kelegaan serta ketenangan, ia pasti akan membuat anda berasa lebih malas dan mahu kembali berbaring di atas katil.

Ada banyak manfaat kesan daripada mandi pagi dengan menggunakan air sejuk. Air sejuk dapat membuat badan anda menjadi segar di samping dapat mengaktifkan aktiviti otak serta membuat sistem imun anda bekerja dengan lebih efisen.

Air sejuk tidak akan membuat kulit anda menjadi kering. Dan menurut saintis, dengan mandi air sejuk, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan sebanyak 5 kilogram dalam setahun.

3. Memeriksa telefon pintar untuk jangka waktu yang lama 

Kredit :  depositphotos  / depositphotos

Memeriksa akaun sosial media telah menyebabkan ramai orang menghabiskan masa yang lama bersama telefon pintar mereka pada waktu pagi.

Cara kita menggunakan hari dengan baik ialah bermula dengan bagaimana kita memulakan pagi kita. Dalam erti kata lain, berhenti daripada memeriksa kehidupan orang lain, membaca komen dan pendapat orang lain serta memeriksa email.

Sebaliknya, fokus hari anda kepada penjagaan diri sendiri. Dengar muzik kegemaran, habiskan waktu bersarapan bersama orang tersayang  dengan memasak sarapan yang menyihatkan.

4. Membuang masa memilih pakaian

Kredit :  depositphotos

Pernahkah anda bertanya kepada diri di waktu pagi, “Hendak memakai apa hari ini?” Waktu pagi itu sudah cukup terhad, jadi jangan dibazirkan dengan mencipta situasi memilih pakaian.

Untuk membuat hari menjadi mudah, isi almari pakaian anda dengan pakaian yang anda mahu pakai sahaja. Kenapa Steve Jobs suka memakai jeans dan baju hitam yang sama setiap hari? Kerana beliau tahu, masa itu amat berharga.

Bagi yang bekerja dengan pakaian formal, sediakan satu ruang di dalam almari dengan pakaian bekerja yang biasa anda pakai. Periksa almari pakaian anda dengan kerap. Buangkan sahaja pakaian lama yang tidak lagi dipakai. Dan permudahkan ruang almari dengan pakaian yang hanya mahu dipakai sahaja.

5. Bersarapan dengan bijirin

Kredit : Brian/flickr  / PublicDomainImages/pixabay

Kandungan biasa dalam 50 gram bijirin mengandungi kira-kira 4 sudu gula. Dengan memakan jumlah gula yang banyak pada waktu pagi akan menyebabkan penambahan insulin dalam darah, dan apabila kesannya telah berkurangan, anda akan cepat keletihan dan tidak bermaya.

Susu, yogurt dan buah-buahan segar yang dicampurkan dalam bijirin juga adalah kombinasi yang tidak menyihatkan pada waktu bersarapan pagi. Anda dinasihatkan menjauhkan memakan bijirin dengan kerap dalam sarapan setiap hari.

Seorang pakar diet, Chelsey Amer berkata, adalah lebih berkhasiat anda memakan sepotong pizza di waktu pagi daripada bijirin. Pizza mengandungi protein, lemak dan karbohidrat yang diperlukan dalam sarapan yang seimbang. Namun begitu, anda hanya perlu memakan sepotong pizza sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Selain daripada pizza, ada boleh memakan telur hancur, keju atau daging yang tidak mengandungi banyak lemak.

6. Memberus gigi selepas makan

Kredit :  pixabay  / pixabay

Selepas memakan sarapan, enamel pada gigi akan terdedah terutama sekali apabila anda memakan buah-buahan sitrus atau meminum air soda yang mengandungi asid sitrik dan asid fosforik.

Apa yang anda perlu lakukan ialah berkumur dengan air kosong dan membuang segala kekotoran dengan menggunakan flos gigi. Elakkan daripada memberus gigi dengan hanya 30 minit selepas makan.

7.Meminum kopi kosong

Kredit :  depositphotos  / depositphotos

Meminum kopi hitam atau kosong selepas bangkit dari tidur akan meningkatkan tahap kortisol dalam darah yang akan membawa kepada perasaan gemuruh. Sekiranya anda meminum kopi semasa perut kosong, ia boleh menyebabkan penyakit gastrik.

Kajian mendedahkan waktu terbaik untuk meminum kopi ialah dalam jangka waktu tiga hingga empat jam selepas anda bangkit daripada tidur.

Namun begitu, sekiranya anda tidak tertahan meminum kopi pada waktu pagi, tambahkan ia dengan sedikit susu atau krim di dalamnya. Dengan cara ini ia tidak akan memudaratkan perut anda.

8. Mengemas katil sebaik bangkit daripada tidur

Kredit :  depositphotos  / depositphotos

Apabila anda terus mengemas tempat tidur sebaik sahaja bangkit daripada tidur, ia akan mewujudkan persekitaran pembiakan hama kerana kelembapan daripada badan anda yang ditinggalkan di atas katil pada waktu malam tidak mempunyai peluang untuk menguap.

Saintis mencadangkan apabila anda bangkit daripada tidur, alihkan selimut dan cadar daripada katil supaya alas tilam dapat mengering sebelum mengemas katil dengan baik dan kemas.

Jadi, ubah tabiat lama ini sedikit demi sedikit di waktu pagi demi menjaga kesihatan diri.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 10 seconds