Ketika musim sejuk dingin, hampir setiap orang akan memakai kasut supaya berasa selesa ketika keluar berjalan. Lebih-lebih lagi mengenakan sepasang kasut yang bergaya untuk padankan dengan pakaian.

Hampir sepanjang masa kita akan memakai kasut, ini akan mengeluarkan bau yang kurang senang akibat peluh yang terhasil daripada tapak kaki. Lama-kelamaan bau itu akan membuatkan orang sekeliling kita bukan sahaja berasa jijik tetapi meloyakan.

Sumber: bom01.com

Disini, orang Jepun mempunyai cara untuk menghilangkan bau dengan menggunakan duit syiling tembaga.

Sumber: bom01.com

Dengan hanya meletakkan duit syiling tembaga ke dalam kasut, bau yang kurang menyenangkan akan hilang.

Sumber: bom01.com

Hanya menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu membelanjakan satu sen pun untuk membeli produk deodoran atau pewangi untuk membasmi aroma yang kurang menyenangkan.

Apabila kita meletakkan syiling tembaga ke dalam kasut, di situlah ia memainkan peranan.

Kaedah ini telah dicuba oleh beberapa orang awam, dan mereka semua berpendapat bahawa kaedah ini paling berkesan untuk menghilangkan bau kasut.

Ini kerana mereka mengatakan bahawa duit syiling tembaga berfungsi sebagai penyerap bau, mereka hanya perlu gunakan syiling 10 yen sahaja. Mudah untuk didapati ataupun menukarkannya dengan menggunakan mesin penjual minuman sahaja.

Sumber: bom01.com

Apakah yang menjadi logiknya bahawa syiling tembaga boleh menghilangkan bau?

Sebab tembaga boleh menghilangkan bau disebabkan tembaga mempunyai unsur kimia yang akan memberi tindak balas terhadap peluh.

Tindak balas kimia itu akan menguraikan bakteria penyebab bau. Dengan itu, meletakkan duit syiling tembaga ke dalam kasut secara logiknya akan menghilangkan bau.

Sumber: bom01.com

Perlu diingatkan juga bahawa meletakkan duit syiling ke dalam kasut akan mengganggu pergerakan kita ketika berjalan.

Walaupun duit syiling tembaga membantu untuk menghilangkan bau kasut. Setiap kali sebelum memakai kasut, keluarkan duit syiling terlebih dahulu kerana memakai kasut ketika duit syiling belum dikeluarkan akan menjadi pembentukan bakteria yang baru iaitu kulat ataupun fungus. Dan fungus adalah tidak baik untuk kesihatan dan memudaratkan kita, oleh itu keluarkan duit syiling tembaga dahulu sebelum memakai kasut.

Diharap dengan kaedah yang diperkenalkan kepada kita sedikit sebanyak akan membantu untuk mengatasi masalah kasut berbau, di mana kita sering berasa malu ketika membuka kasut apabila melawat ke rumah orang ataupun memasuki kedai jualan.

Juga kaedah mudah ini boleh memanjangkan tempoh ketahanan kasut untuk musim sejuk yang akan datang.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds