KOTA KINABALU 8 Mac – Ranau baharu sahaja dilanda gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter sekitar 9:06 malam.

Semua daerah di pantai barat Sabah merasai gegaran yang berlaku antara lima hingga sepuluh saat. Dilaporkan, gempa bumi itu berpunca dari dalam tanah pada kedalaman kira-kira lima kilometer.

Menurut Jabatan Meteorologi, pihaknya masih dalam proses mendapatkan maklumat lengkap mengenai kejadian tergempar itu. Namun mereka mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pada masa yang sama, Sarawak Edition melaporkan penghuni di Angkasa Apartment Kota Kinabalu terpaksa bergegas keluar dari rumah masing-masing susulan gegeran yang dirasai.

Kredit foto: Twitter | BERNAMA

Berdasarkan daripada beberapa perkongsian netizen dari Sabah di media sosial, mereka semuanya selamat dan tiada kecederaan berlaku. Semoga bumi Sabah aman dan selamat!
Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds